Monday, December 22, 2008

:.kesatlah.:

"Apabila hati terikat dengan Allah, kembalilah wanita dengan asal fitrah kejadiannya, menyejukkan hati dan menjadi perhiasan kepada dunia - si gadis dengan sifat sopan dan malu, anak yang taat kepada ibu bapa, isteri yang
menyerahkan kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya pada suami."

Bait-bait kata itu aku tatapi dalam-dalam. Penuh penghayatan. Kata-kata yang dinukilkan dalam sebuah majalah yang ku baca. Alangkah indahnya jika aku bisa menjadi perhiasan dunia seperti yang dikatakan itu. Ku bulatkan tekad di hatiku. Aku ingin menjadi seorang gadis yang sopan, anak yang taat kepada ibu bapaku dan aku jua ingin menjadi seorang isteri yang menyerahkan kasih
sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami, kerana Allah.

Menjadi seorang isteri....kepada insan yang disayangi idaman setiap wanita. Alhamdulillah, kesyukuran aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat yang dikurniakan kepadaku.

Baru petang tadi. Aku sah menjadi seorang isteri setelah mengikat tali pertunangan 6 bulan yang lalu. Suamiku, Muhammad Harris, alhamdulillah menepati ciri-ciri seorang muslim yang baik. Aku berazam untuk menjadi isteri yang sebaik mungkin kepadanya.

" assalamu'alaikum" satu suara menyapa pendengaranku membuatkan aku gugup seketika.
"Wa'alaikumusalam," jawabku sepatah. Serentak dengan itu, ku lontarkan satu senyuman paling ikhlas dan paling manis untuk suamiku. Dengan perlahan dia melangkah menghampiriku.

"Ain buat apa dalam bilik ni ? Puas abang cari Ain dekat luar tadi. Rupanya kat sini buah hati abang ni bersembunyi. `'

Aku tersenyum mendengar bicaranya. Terasa panas pipiku ini. Inilah kali pertama aku mendengar ucapan `abang' dari bibirnya.

Dan itulah juga pertama kali dia membahasakan diriku ini sebagai `buah hati' nya. Aku sungguh senang mendengar ucapan itu. Perlahan-lahan ku dongakkan wajahku dan aku memberanikan diri menatap pandangan matanya.

Betapa murninya sinaran cinta yang terpancar dari matanya, betapa indahnya senyumannya, dan betapa bermaknanya renungannya itu. Aku tenggelam dalam renungannya, seolah-olah hanya kami berdua di dunia ini.

Seketika aku tersedar kembali ke alam nyata. "Ain baru saja masuk. Nak mandi. Lagipun dah masuk Maghrib kan ? `' ujarku.

`' Ha'ah dah maghrib. Ain mandi dulu. Nanti abang mandi dan kita solat Maghrib sama-sama ye ? `'Dia tersenyum lagi. Senyum yang menggugah hati kewanitaanku. Alangkah beruntungnya aku memilikimu, suamiku.

Selesai solat Maghrib dan berdoa, dia berpusing mengadapku. Dengan penuh kasih, ku salami dan ku cium tangannya, lama.

Aku ingin dia tahu betapa dalam kasih ini hanya untuknya. Dan aku dapat merasai tangannya yang gagah itu mengusap kepalaku dengan lembut. Dengan perlahan aku menatap wajahnya.

"Abang....." aku terdiam seketika. Terasa segan menyebut kalimah itu di hadapannya. Tangan kami masih lagi saling berpautan. Seakan tidak mahu dilepaskan. Erat terasa genggamannya.

"Ya sayang..." Ahhh....bicaranya biarpun satu kalimah, amat menyentuh perasaanku.
"Abang... terima kasih atas kesudian abang memilih Ain sebagai isteri biarpun banyak kelemahan Ain. Ain insan yang lemah, masih perlu banyak tunjuk ajar dari abang. Ain harap abang sudi pandu Ain. Sama-sama kita melangkah hidup
baru, menuju keredhaan Allah." Tutur bicaraku ku susun satu persatu.

"Ain, sepatutnya abang yang harus berterima kasih kerana Ain sudi terima abang dalam hidup Ain. Abang sayangkan Ain. Abang juga makhluk yang lemah, banyak kekurangan. Abang harap Ain boleh terima abang seadanya. Kita sama-sama lalui hidup baru demi redhaNya."

`'Insya Allah abang....Ain sayangkan abang. `'

`'Abang juga sayangkan Ain. Sayang sepenuh hati abang.''

Dengan telekung yang masih tersarung. Aku tenggelam dalam pelukan suamiku.

Hari-hari yang mendatang aku lalui dengan penuh kesyukuran. Suamiku, ternyata seorang yang cukup penyayang dan penyabar. Sebagai wanita aku tidak dapat lari daripada rajuk dan tangis.

Setiap kali aku merajuk apabila dia pulang lewat, dia dengan penuh mesra memujukku, membelaiku. Membuatku rasa bersalah. Tak wajar ku sambut kepulangannya dengan wajah yang mencuka dan dengan tangisan.

Bukankah aku ingin menjadi perhiasan yang menyejukkan hati suami? Sedangkan Khadijah dulu juga selalu ditinggalkan Rasulullah untuk berkhalwat di Gua Hira'.

Lalu, ku cium tangannya, ku pohon ampun dan maaf. Ku hadiahkan senyuman untuknya. Katanya senyumku bila aku lepas menangis, cantik! Ahhh....dia pandai mengambil hatiku. Aku semakin sayang padanya. Nampaknya hatiku
masih belum sepenuhnya terikat dengan Allah. Lantaran itulah aku masih belum mampu menyerahkan seluruh kasih sayang, kesetiaan dan ketaatan hanya untuk suami.

`' Isteri yang paling baik ialah apabila kamu memandangnya, kamu merasa senang, apabila kamu menyuruh, dia taat dan apabila kamu berpergian, dia menjaga maruahnya dan hartamu .`'

Aku teringat akan potongan hadis itu. Aku ingin merebut gelaran isteri solehah. Aku ingin segala yang menyenangkan buat suamiku. Tuturku ku lapis dengan sebaik mungkin agar tidak tercalar hatinya dengan perkataanku. Ku hiaskan wajahku hanya untuk tatapannya semata-mata.

Makan minumnya ku jaga dengan sempurna. Biarpun aku jua sibuk lantaran aku juga berkerjaya. Pernah sekali. Aku mengalirkan air mata lantaran aku terlalu penat menguruskan rumah tangga apabila kembali dari kerja.
Segalanya perlu aku uruskan. Aku terasa seperti dia tidak memahami kepenatanku sedangkan kami sama-sama memerah keringat mencari rezeki.

Namun. Aku teringat akan kisah Siti Fatimah, puteri Rasulullah yang menangis kerana terlalu penat menguruskan rumah tangga.

Aku teringat akan besarnya pahala seorang isteri yang menyiapkan segala keperluan suaminya. Hatiku menjadi sejuk sendiri.

Ya Allah. Aku lakukan segala ini ikhlas keranaMu. Aku ingin mengejar redha suamiku demi untuk mengejar redhaMu. Berilah aku kekuatan, Ya Allah.

" Ain baik, cantik. Abang sayang Ain.`' Ungkapan itu tidak lekang dari bibirnya. Membuatkan aku terasa benar-benar dihargai. Tidak sia-sia pengorbananku selama ini. Betapa bahagianya menjadi isteri yang solehah.

Kehidupan yang ku lalui benar-benar bermakna, apatah lagi dengan kehadiran 2 orang putera dan seorang puteri. Kehadiran mereka melengkapkan kebahagiaanku.

Kami gembira dan bersyukur kepada Allah atas nikmat yang dikurniakan kepada kami.

Namun, pada suatu hari. Aku telah dikejutkan dengan permintaannya yang tidak terduga.

"Ain.....abang ada sesuatu nak cakap dengan Ain."

"Apa dia abang?" tanyaku kembali. Aku menatap wajahnya dengan penuh kasih. `' Ain isteri yang baik. Abang cukup bahagia dengan Ain. Abang bertuah punya Ain sebagai isteri," bicaranya terhenti setakat itu. Aku tersenyum. Namun
benakku dihinggap persoalan. Takkan hanya itu?

"Abang ada masalah ke?" Aku cuba meneka.

"Tidak Ain. Sebenarnya......," bicaranya terhenti lagi. Menambah kehairanan dan mencambahkan kerisauan di hatiku. Entah apa yang ingin diucapkannya.

"Ain......abang.....abang nak minta izin Ain......untuk berkahwin lagi," ujarnya perlahan namun sudah cukup untuk membuat aku tersentak. Seketika aku kehilangan kata.

"A.....Abang.....nak kahwin lagi?" aku seakan tidak percaya mendengar permintaannya itu. Ku sangka dia telah cukup bahagia dengannku. Aku sangka aku telah memberikan seluruh kegembiraan padanya. Aku sangka hatinya telah
dipenuhi dengan limpahan kasih sayangku seorang.

Rupanya aku silap. Kasihku masih kurang. Hatinya masih punya ruang untuk insan selain aku. Tanpa bicara, dia mengangguk. `' Dengan siapa abang ? `' Aku bertanya. Aku tidak tahu dari mana datang kekuatan untuk tidak mengalirkan air mata. Tapi....hatiku... hanya Allah yang tahu betapa azab dan pedih hati ini.

`' Faizah. Ain kenal dia, kan ? `'

Ya. Aku kenal dengan insan yang bernama Faizah itu. Juniorku di universiti. Rakan satu jemaah. Suamiku aktif dalam jemaah dan aku tahu Faizah juga aktif berjemaah.

Orangnya aku kenali baik budi pekerti, sopan tingkah laku, indah tutur kata dan ayu paras rupa. Tidakku sangka, dalam diam suamiku menaruh hati pada Faizah.

" A....Abang......Apa salah Ain abang?" nada suaraku mula bergetar. Aku cuba menahan air mataku daripada gugur. Aku menatap wajah Abang Harris sedalam-dalamnya. Aku cuba
mencari masih adakah cintanya untukku.

"Ain tak salah apa-apa sayang. Ain baik. Cukup baik. Abang sayang pada Ain."

"Tapi....Faizah. Abang juga sayang pada Faizah bermakna.....sayang abang tidak sepenuh hati untuk Ain lagi."

"Ain.....sayang abang pada Ain tidak berubah. Ain cinta pertama abang. Abang rasa ini jalan terbaik. Tugasan dalam jemaah memerlukan abang banyak berurusan dengan Faizah....Abang tak mahu wujud fitnah antara kami.

Lagipun....abang lelaki Ain. Abang berhak untuk
berkahwin lebih dari satu. `'

Bicara itu kurasakan amat tajam, mencalar hatiku. Merobek jiwa ragaku. Aku mengasihinya sepenuh hatiku. Ketaatanku padanya tidak pernah luntur. Kasih sayangku padanya tidak pernah pudar. Aku telah cuba memberikan layanan yang terbaik untuknya. Tapi inikah hadiahnya untukku?

Sesungguhnya aku tidak menolak hukum Tuhan. Aku tahu dia berhak. Namun, alangkah pedihnya hatiku ini mendengar ucapan itu terbit dari bibirnya. Bibir insan yang amat ku kasihi.

Malam itu, tidurku berendam air mata. Dalam kesayuan. Aku memandang wajah Abang Harris penuh kasih. Nyenyak sekali tidurnya.

Sesekali terdetik dalam hatiku, bagaimana dia mampu melelapkan mata semudah itu setelah hatiku ini digurisnya dengan sembilu.

Tidak fahamkah dia derita hati ini? Tak cukupkah selama ini pengorbananku untuknya? Alangkah peritnya menahan kepedihan ini. Alangkah pedihnya!

Selama seminggu. Aku menjadi pendiam apabila bersama dengannya. Bukan aku sengaja tetapi aku tidak mampu membohongi hatiku sendiri. Tugasku sebagai seorang isteri aku laksanakan sebaik mungkin, tapi aku merasakan segalanya tawar. Aku melaksanakannya tidak sepenuh hati.

Oh Tuhan.....ampuni daku. Aku sayang suamiku, tapi aku terluka dengan permintaannya itu.

Apabila bertembung dua kehendak, kehendak mana yang harus dituruti. Kehendak diri sendiri atau kehendak Dia ?

Pastinya kehendak Dia. Apa lagi yang aku ragukan? Pasti ada hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik ujian yang Dia turunkan buatku ini. Aku berasa amat serba-salah berada
dalam keadaan demikian. Aku rindukan suasana yang dulu. Riang bergurau senda dengan suamiku. Kini. Aku hanya terhibur dengan keletah anak-anak.

Senyumku untuk Abang Harris telah tawar, tidak berperisa. Yang nyata. Aku tidak mampu bertentang mata dengannya lagi. Aku benar-benar terluka.

Namun, Abang Harris masih seperti dulu. Tidak jemu dia memelukku setelah pulang dari kerja walau sambutan hambar. Tidak jemu dia mencuri pandang merenung wajahku walau aku selalu melarikan pandangan dari anak matanya.

Tidak jemu ucapan kasihnya untukku. Aku keliru. Benar-benar keliru. Adakah Abang Harris benar-benar tidak berubah sayangnya padaku atau dia hanya sekadar ingin mengambil hatiku untuk membolehkan dia berkahwin lagi?

`Oh Tuhan...berilah aku petunjukMu.' Dalam kegelapan malam. Aku bangkit sujud menyembahNya, mohon petunjuk dariNya. Aku mengkoreksi kembali matlamat hidupku.

Untuk apa segala pengorbananku selama ini untuk
suamiku ? Untuk mengejar cintanya atau untuk
mengejar redha Allah ?

Ya Allah, seandainya ujian ini Engkau timpakan ke
atas ku untuk menguji keimananku. Aku rela Ya
Allah. Aku rela.

Biarlah... Bukan cinta manusia yang ku kejar. Aku hanya mengejar cinta Allah. Cinta manusia hanya pemangkin. Bukankah aku telah berazam. Aku inginkan segala yang menyenangkan buat suamiku?

Dengan hati yang tercalar seguris luka. Aku mengizinkan Abang Harris berkahwin lagi. Dan, demi untuk mendidik hati ini. Aku sendiri yang menyampaikan hasrat Abang Harris itu kepada Faizah.

Suamiku pada mulanya agak terkejut apabila aku
menawarkan diri untuk merisik Faizah.

"Ain?......Ain serius?"

"Ya abang. Ain sendiri akan cakap pada Faizah.
Ain lakukan ini semua atas kerelaan hati Ain
sendiri. Abang jangan risau...Ain jujur terhadap
abang. Ain tak akan khianati abang. Ain hanya
mahu lihat abang bahagia," ujarku dengan
senyuman tawar. Aku masih perlu masa untuk
mengubat luka ini. Dan inilah satu caranya. Ibarat
menyapu ubat luka. Pedih, tetapi cepat
sembuhnya.

Aku mengumpul kekuatan untuk menjemput
Faizah datang ke rumahku. Waktu itu, suamiku
tiada di rumah dan dia telah memberi keizinan
untuk menerima kedatangan Faizah. Faizah
dengan segala senang hati menerima undanganku.

Sememangnya aku bukanlah asing baginya.
Malah dia juga mesra dengan anak-anakku.

`' Izah......akak jemput Izah ke mari sebab ada hal
yang akak nak cakapkan, `' setelah aku merasakan cukup kuat. Aku memulakan bicara.

`' Apa dia, Kak Ain. Cakaplah, `' lembut nada suaranya.

"Abang Harris ada pernah cakap apa-apa pada Faizah?"

"Maksud Kak Ain, Ustaz Harris?" Ada nada kehairanan pada suaranya. Sememangnya kami memanggil rakan satu jemaah dengan panggilan Ustaz dan Uztazah. Aku hanya mengangguk.

" Pernah dia cakap dia sukakan Izah?"

"Sukakan Izah? Isyyy....tak mungkinlah Kak Ain. Izah kenal Ustaz Harris. Dia kan amat sayangkan akak. Takkanlah dia nak sukakan saya pula. Kenapa Kak Ain tanya macam tu? Kak Ain ada dengar cerita dari orang ke ni? `'

`' Tidak Izah. Tiada siapa yang membawa
cerita......." Aku terdiam seketika. "Izah, kalau
Kak Ain cakap dia sukakan Izah dan nak ambil
Izah jadi isterinya, Izah suka?" Dengan amat berat
hati. Aku tuturkan
kalimah itu.

" Kak Ain!" jelas riak kejutan terpapar di wajahnya.
`' Apa yang Kak Ain cakap ni ? Jangan bergurau
hal sebegini Kak Ain, `' kata Faizah seakan tidak
percaya. Mungkin kerana aku sendiri yang
menutur ayat itu. Isteri kepada Muhammad Harris
sendiri merisik calon isteri kedua suaminya.

"Tidak Izah. Akak tak bergurau......Izah sudi jadi
saudara Kak Ain?" ujarku lagi. Air mataku seolah
ingin mengalir tapi tetap aku tahan. Faizah
memandang tepat ke wajahku.

"Kak Ain. Soal ini bukan kecil Kak Ain. Kak Ain
pastikah yang......Ustaz Harris.....mahu...
melamar saya?"

Dari nada suaranya. Aku tahu Faizah jelas tidak
tahu apa-apa. Faizah gadis yang baik. Aku yakin
dia tidak pernah menduga suamiku akan membuat
permintaan seperti ini. Lantas. Aku menceritakan
kepada Faizah akan hasrat suamiku.

Demi untuk memudahkan urusan jemaah, untuk
mengelakkan fitnah. Faizah termenung mendengar
penjelasanku.

"Kak Ain.....saya tidak tahu bagaimana Kak Ain
boleh hadapi semuanya ini dengan tabah. Saya
kagum dengan semangat Kak Ain. Saya minta
maaf kak. Saya tak tahu ini akan berlaku. Saya
tak pernah menyangka saya menjadi punca hati
Kak Ain terluka," ujarnya sebak. Matanya ku lihat
berkaca-kaca.

"Izah...Kak Ain tahu kamu tak salah. Kak Ain juga
tak salahkan Abang
Harris. Mungkin dia fikir ini jalan terbaik. Dan akak
tahu, dia berhak dan mampu untuk
melaksanakannya. Mungkin ini ujian untuk
menguji keimanan Kak Ain."

"Kak...maafkan Izah." Dengan deraian air mata,
Faizah meraihku ke dalam elukannya. Aku juga
tidak mampu menahan sebak lagi. Air mataku
terhambur jua. Hati wanita. Biarpun bukan dia
yang menerima kepedihan ini, tetapi tersentuh jua
hatinya dengan kelukaan yang ku alami. Memang
hanya wanita yang memahami hati wanita yang
lain.

"Jadi...Izah setuju?" Soalku apabila tangisan kami
telah reda.

`' Kak Ain....ini semua kejutan buat Izah. Izah tak
tahu nak cakap. Izah tak mahu lukakan hati Kak
Ain."

"Soal Kak Ain....Izah jangan risau, hati Kak
Ain...Insya Allah tahulah akak mendidiknya. Yang
penting akak mahu Abang Harris bahagia. Dan
akak sebenarnya gembira kerana Faizah
pilihannya. Bukannya gadis lain yang akak tak
tahu hati budinya. Insya Allah Izah. Sepanjang
Kak Ain mengenali Abang Harris dan sepanjang
akak hidup sebumbung dengannya, dia seorang
yang baik, seorang suami yang soleh, penyayang
dan penyabar. Selama ini akak gembira dengan
dia. Dia seorang calon yang baik buat Izah. `'

"Akak.....Izah terharu dengan kebaikan hati akak.
Tapi bagi Izah masa dan Izah perlu tanya ibu bapa
Izah dulu."

"Seeloknya begitulah. Kalau Izah setuju, Kak Ain
akan cuba cakap pada ibu bapa Izah."

Pertemuan kami petang itu berakhir. Aku berasa
puas kerana telah menyampaikan hasrat suamiku.
`Ya Allah.....inilah pengorbananku untuk
membahagiakan suamiku. Aku lakukan ini hanya
semata-mata demi redhaMu.'

Pada mulanya, keluarga Faizah agak keberatan
untuk membenarkan Faizah menjadi isteri kedua
Abang Harris. Mereka khuatir Faizah akan terabai
dan bimbang jika dikata anak gadis mereka
merampas suami orang.

Namun. Aku yakinkan mereka akan kemampuan
suamiku. Alhamdulillah, keluarga Faizah juga
adalah keluarga yang menitikberatkan ajaran
agama. Akhirnya, majlis pertunangan antara
suamiku dan Faizah diadakan jua.

"Ain.....abang minta maaf sayang," ujar suamiku
pada suatu hari,
beberapa minggu sebelum tarikh pernikahannya
dengan Faizah.

"Kenapa?"

"Abang rasa serba salah. Abang tahu abang telah
lukakan hati Ain. Tapi....Ain sedikit pun tidak
marahkan abang. Ain terima segalanya demi untuk
abang. Abang terharu. Abang....malu dengan Ain."

"Abang....syurga seorang isteri itu terletak di
bawah tapak kaki suaminya. Redha abang pada
Ain Insya Allah, menjanjikan redha Allah pada Ain.
Itu yang Ain cari abang. Ain sayangkan abang. Ain
mahu abang gembira. Ain anggap ini semua ujian
Allah abang. `'

`' Ain....Insya Allah abang tak akan sia-siakan
pengorbanan Ain ini.
Abang bangga sayang. Abang bangga punya isteri
seperti Ain. Ain adalah cinta abang selamanya.
Abang cintakan Ain."

"Tapi...abang harus ingat. Tanggungjawab abang
akan jadi semakin berat. Abang ada dua amanah
yang perlu dijaga. Ain harap abang dapat
laksanakan tanggungjawab abang sebaik
mungkin."

"Insya Allah abang akan cuba berlaku seadilnya."
Dengan lembut dia mengucup dahiku. Masih
hangat seperti dulu. Aku tahu kasihnya padaku
tidak pernah luntur. Aku terasa air jernih yang
hangat mula membasahi pipiku. Cukuplah aku
tahu, dia masih sayangkan aku seperti dulu
walaupun masanya bersamaku nanti akan terbatas.

Pada hari pertama pernikahan mereka. Aku
menjadi lemah. Tidak bermaya. Aku tiada daya
untuk bergembira. Hari itu sememangnya amat
perit bagiku walau aku telah bersedia untuk
menghadapinya.

Malam pertama mereka disahkan sebagai suami
isteri adalah malam pertama aku ditinggalkan
sendirian menganyam sepi. Aku sungguh sedih.
Maha hebat gelora perasaan yang ku alami. Aku
tidak mampu lena walau sepicing pun. Hatiku
melayang terkenangkan Abang Harris dan Faizah.
Pasti mereka berdua bahagia menjadi pengantin
baru.

Bahagia melayari kehidupan bersama, sedangkan
aku ? Berendam air mata mengubat rasa kesepian
ini. Alhamdulillah. Aku punya anak-anak.
Merekalah teman
bermainku.

Seminggu selepas itu, barulah Abang Harris
pulang ke rumah. Aku memelukknya seakan tidak
mahu ku lepaskan. Seminggu berjauhan, terasa
seperti setahun. Alangkah rindunya hati ini. Sekali
lagi air mata ku rembeskan tanpa dapat ditahan.

`' Kenapa sayang abang menangis ni? Tak suka
abang balik ke?" ujarnya lembut.

"Ain rindu abang. Rindu sangat. `' Tangisku makin
menjadi-jadi. Aku mengeratkan pelukanku. Dan dia
juga membalas dengan penuh kehangatan.

`' Abang pun rindu Ain. Abang rindu senyuman
Ain. Boleh Ain senyum pada abang ? `' Lembut
tangannya memegang daguku dan mengangkat
wajahku.

`'Abang ada teman baru. Mungkinkah abang masih
rindu pada Ain ? `'Aku menduga keikhlasan
bicaranya.

`' Teman baru tidak mungkin sama dengan yang
lama. Kan abang dah kata, sayang abang pada
Ain masih seperti dulu. Tidak pernah berubah,
malah semakin sayang. Seminggu abang
berjauhan dari Ain, tentulah abang rindu. Rindu
pada senyuman Ain, suara Ain, masakan Ain,
sentuhan Ain. Semuanya itu tiada di tempat lain,
hanya pada Ain saja. Senyumlah sayang, untuk
abang. `'

Aku mengukir senyum penuh ikhlas. Aku yakin
dengan kata-katanya. Aku tahu sayangnya masih
utuh buatku.

Kini, genap sebulan Faizah menjadi maduku. Aku
melayannya seperti adik sendiri. Hubungan kami
yang dulunya baik bertambah mesra. Apa
tidaknya, kami berkongsi sesuatu yang amat
dekat di hati.

Dan, Faizah, menyedari dirinya adalah orang baru
dalam keluarga, sentiasa berlapang dada
menerima teguranku. Katanya. Aku lebih
mengenali Abang Harris dan dia tidak perlu
bersusah payah untuk cuba mengorek sendiri apa
yang disukai dan apa yang tidak disukai oleh
Abang Harris. Aku, sebagai kakak, juga sentiasa
berpesan kepada Faizah supaya sentiasa
menghormati dan menjaga hati Abang Harris. Aku
bersyukur, Faizah tidak pernah mengongkong
suamiku. Giliran kami dihormatinya.

Walaupun kini masa untuk aku bersama dengan
suamiku terbatas, tetapi aku dapat merasakan
kebahagiaan yang semakin bertambah apabila
kami bersama. Benarlah, perpisahan sementara
menjadikan kami semakin rindu. Waktu bersama,
kami manfaatkan sebaiknya. Alhamdulillah,
suamiku tidak pernah mengabaikan aku dan
Faizah. Aku tidak merasa kurang daripada kasih
sayangnya malah aku merasakan sayangnya
padaku bertambah. Kepulangannya kini sentiasa
bersama sekurang-kurangnya sekuntum mawar
merah. Dia menjadi semakin penyayang, semakin
romantik. Aku rasa aku harus berterima kasih
pada Faizah kerana kata suamiku, Faizahlah yang
selalu mengingatkannya supaya jangan mensia-
akan kasih sayangku padanya.

Memang aku tidak dapat menafikan, adakalanya
aku digigit rindu apabila dia pulang untuk bersama-
sama dengan Faizah. Rindu itu. Aku ubati dengan
zikrullah. Aku gunakan kesempatan ketiadaannya
di rumah dengan menghabiskan masa bersama
Kekasih Yang Agung. Aku habiskan masaku
dengan mengalunkan ayat-ayatNya sebanyak
mungkin. Sedikit demi sedikit kesedihan yang ku
alami mula pudar. Ia diganti dengan rasa
ketenangan. Aku tenang beribadat kepadaNya.
Terasa diriku ini lebih hampir dengan Maha
Pencipta.

Soal anak-anak. Aku tidak mempunyai masalah
kerana sememangnya aku mempunyai pembantu
rumah setelah aku melahirkan anak kedua. Cuma,
sewaktu mula-mula dulu, mereka kerap juga
bertanya kemana abah mereka pergi, tak pulang
ke rumah. Aku terangkan secara baik dengan
mereka. Mereka punyai ibu baru. Makcik Faizah.
Abah perlu temankan Makcik Faizah seperti abah
temankan mama. Anak-anakku suka bila
mengetahui Faizah juga menjadi `ibu' mereka.
Kata mereka, Makcik Izah baik. Mereka suka ada
dua ibu. Lebih dari orang lain. Ahhh...anak-anak
kecil. Apa yang kita terapkan itulah yang mereka
terima. Aku tidak pernah menunjukkan riak
kesedihan bila mereka bertanya tentang Faizah.
Bagiku Faizah seperti adikku sendiri.

Kadang-kadang, bila memikirkan suamiku
menyayangi seorang perempuan lain selain aku,
memang aku rasa cemburu, rasa terluka. Aku
cemburu mengingatkan belaian kasihnya itu
dilimpahkan kepada orang lain. Aku terluka kerana
di hatinya ada orang lain yang menjadi penghuni.
Aisyah, isteri Rasulullah jua cemburukan Khadijah,
insan yang telah tiada. Inikan pula aku, manusia
biasa. Tapi..... ku kikis segala perasaan itu.
Cemburu itukan fitrah wanita, tanda sayangkan
suami.
Tetapi cemburu itu tidak harus dilayan. Kelak hati
sendiri yang merana. Bagiku, kasih dan redha
suami padaku itu yang penting, bukan kasihnya
pada orang lain. Selagi aku tahu, kasihnya masih
utuh buatku. Aku sudah cukup bahagia. Dan aku
yakin, ketaatan, kesetiaan dan kasih sayang yang
tidak berbelah bahagi kepadanya itulah kunci
kasihnya kepadaku. Aku ingin nafasku terhenti
dalam keadaan redhanya padaku, supaya nanti
Allah jua meredhai aku. Kerana sabda Rasulullah
s.a.w

"Mana-mana wanita (isteri) yang meninggal dunia
dalam keadaan suaminya meredhainya, maka ia
akan masuk ke dalam syurga." (Riwayat-Tirmizi, al-
Hakim dan Ibnu Majah).

Sungguh bukan mudah aku melalui semuanya itu.
Saban hari aku berperang dengan perasaan.
Perasaan sayang, luka, marah, geram, cemburu
semuanya bercampur aduk. Jiwaku sentiasa
berperang antara kewarasan akal dan emosi.
Pedih hatiku hanya Tuhan yang tahu.
KepadaNyalah aku pohon kekuatan untuk
menempuhi segala kepedihan itu. KepadaNyalah
aku pinta kerahmatan dan kasih sayang, semoga
keresahan hati ini kan berkurangan.

Namun, jika aku punya pilihan, pastinya aku tidak
mahu bermadu. Kerana ia sesungguhnya
memeritkan. Perlukan ketabahan dan kesabaran.
Walau bagaimanapun. Aku amat bersyukur kerana
suamiku tidak pernah mengabaikan
tanggungjawabnya. Dan aku juga bersyukur
kerana menjadi intan terpilih untuk menerima ujian
ini.

Tuesday, December 9, 2008

:.Salam 'Eiduladha.:

Selamat menyambut hari raya ‘eiduladha kepada seluruh umat Islam. Alhamdulillah, dapat juga merasa menyambut hari raya haji di perantauan. Sebelum ini, hari raya haji disambut bersama keluarga tersayang di kampung yang semestinya lebih bermakna dan meriah tetapi kali ini hanya sahabat-sahabat yang menemani di sisi. Sayu juga hati menyambut hari raya tanpa keluarga di sisi, hati terasa membuak-buak ingin terbang pulang ke pangkuan keluarga. Apapun, jika erti sebenar hari raya korban difahami, walau di mana kita berada atau dengan siapa kita menyambutnya, hati akan tetap gembira meraikan hari kebesaran Islam itu.

Konsep sebenar korban dalam Islam bukanlah semata-mata menyembelih haiwan korban dan membahagi-bahagikannya kepada fakir miskin tetapi ia merupakan satu ketundukan, berserah diri dan sabar dalam menjunjung perintah Allah. Hal ini telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya oleh Allah dalam Al-Quran yang bermaksud:

”Daging (haiwan korban) dan darahnya itu sekali-kali tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepada-Nya adalah ketakwaan kamu.” (al-Hajj : 37)

Dalam ayat lain diuraikan dengan lebih jelas lagi, yang bermaksud:

”Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), agar mereka menyebut nama Allah atas rezeki yang dikurniakan Allah kepada mereka berupa haiwan ternak. Maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, kerana itu, berserah dirilah kamu kepada-Nya. Dan sampaikanlah (Muhammad) khabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada Allah), (iaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah hati mereka bergetar, orang yang sabar atas apa yang menimpa mereka, dan orang yang melaksanakan solat dan orang yang menginfakkan sebahagian rezeki yang kami kurniakan kepada mereka.” (al-Hajj : 34-35)

Daripada ayat-ayat tersebut kita dapat simpulkan bahawa penyembelihan haiwan korban itu dihubungkan dengan rasa takwa dalam diri kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Ibadat korban juga secara terang dijelaskan dapat mempengaruhi hati kita, di mana hati menjadi gementar apabila nama Allah SWT disebut. Hati-hati yang bertakwa kepada Allah akan gementar bila takbir dilaungkan, kebesaran dan keagungan Allah disebut. Itulah sebaik-baik takwa di sisi Allah SWT.

Dalam ayat itu, disebutkan juga supaya orang-orang yang beriman bersabar atas segala musibah atau kesukaran yang menimpa mereka. Sebagaimana haiwan yang sanggup untuk dikorbankan, kita sebagai orang yang mengaku mukmin juga mestilah sedia mengorbankan hidup untuk berjuang di jalan Allah dengan penuh kesabaran dan kesungguhan. Perjuangan dan pengorbanan merupakan dua perkataan yang tidak dapat dipisahkan ibarat irama dan lagu, jika dipisahkan pincanglah ia. Begitu juga dengan perjuangan dan pengorbanan yang mesti seiringan demi sebuah kemenangan yang hakiki. Hukama’ pernah menyebut bahawa ”kejayaan semanis madu memerlukan pengorbanan sepahit hempedu”. Oleh itu, setiap yang bergelar pejuang tidak boleh lari dari melakukan pengorbanan yang bukan sedikit dan pasti juga bukannya mudah. Bukan sahaja harta dan tenaga, malah masa, keluarga dan juga jiwa harus sedia untuk dikorbankan oleh seorang yang menggelarkan diri mereka pejuang. Tetapi itulah sebaik-baik pengorbanan seperti yang disebut oleh Allah dalam firmannya yang bermaksud :

”Berjuanglah kamu samaada ringan atau berat dan berkorbanlah dengan harta dan jiwa kamu di jalan Allah, yang sedemikian itu adalah yang terlebih bagi kamu jika kamu mengetahui.” (at-Taubah : 41)

Akhir kalam, sempena hari yang mulia ini, marilah kita bersama-sama menghayati konsep sebenar ibadat korban dalam Islam. Marilah kita bersama-sama muhasabah diri kita samaada kita telah menjadi hamba yang benar-benar memiliki ciri-ciri pengorbanan yang sama seperti pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim as yang sanggup mengorbankan anaknya, Nabi Ismail as atas rasa ketundukan dan kepatuhan akan perintah Allah SWT.

Pesanan penaja : Selamat berjuang dan berkorban kepada sahabat-sahabat seperjuanganku. Moga pengorbanan yang kita lakukan melayakkan diri kita untuk mendapat keredhaan Allah SWT.

Tuesday, December 2, 2008

:.Perjuangan bukan dihampari permaidani merah.:

Al-Quran merupakan kitab suci terakhir diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Apabila turunnnya kitab ini maka segala syariat yang terdapat di dalam kitab yang lain termansuh. Inilah hebatnya al-Quran yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad s.a.w. yang merupakan nabi akhir zaman.

Keunikan al-Quran yang tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak kerana ia adalah kitab suci yang kekal sehingga hari kiamat. Ia dibawah peliharaan Allah Yang Maha Agung.

Al-Quran bukan buku novel biasa yang penuh khayalan, jauh sekali buku penglipur lara, tetapi ia adalah kalam Allah yang tidak boleh ditiru oleh orang kafir Quraisy yang hebat dari segi kesusasteraan mereka yang sering dipamerkan di pasar ‘Ukaz. Allah menjadikan Nabi Muhammad s.a.w. seorang yang ummi, jauh sekali seorang ahli sastera.

Kita yang menggelarkan diri sebagai seorang pejuang Islam mestilah menjadikan al-Quran, hadis, ijma’ dan qias sebagai rujukan utama kita. Dengan itu, kita tidak akan pernah hanyut walaupun di landa tsunami, taufan dan banjir besar. Kerana kita mempunyai asas yang kukuh dalam perjuangan Islam iaitu al-Quran yang memberi aspirasi perjuangan kepada kita.

1. Al-Quran sebagai petunjuk
"Demikianlah al-Kitab yang tidak ada keraguan padanya memberi petunjuk kepada orang yang bertakwa." (al-Baqarah:2)
Al-Quran bukan diturunkan untuk memberi berkat kepada manusia sahaja, tetapi ia adalah panduan yang mesti dipegang oleh manusia di atas muka bumi ini agar ia tidak terpesong daripada hidup manusia.
Kalau manusia mengambil lain daripada apa yang ditunjukkan oleh al-Quran maka manusia tidak akan berjumpa jalan dan pedoman dan akan berada di dalam kesesasatan yang nyata. Petunjuk al-Quran adalah jelas yang tidak diselindungi falsafah yang berbelit dan cerita dongengan yang direka.

2. Al-Quran sebagai pembeza antara benar dengan yang salah.
Berpegang dengan al-Quran bermakna kita dapat membezakan antara yang benar dengan batil. Kerana al-Quran sebagai penyuluh yang terang, barang pasti ia tidak akan mengkaburkan peganutnya yang kuat berpegang dengan al-Quran.

3. Al-Quran mengkhabarkan balasan orang yang dusta kepada Allah SWT
Semua ini menjadi pengajaran kita sebagai duat (pendakwah) perlu memberi pengajaran kepada masyarakat supaya jangan mengulangi tabiat kaum yang sudah dibinasakan oleh Allah SWT.
Pembalasan terhadap kaum yang mendustakan ayat Allah seperti melanda kepada kaum Nabi Nuh yang ditenggelami banjir besar sehingga habis zuriatnya, kaum Hud yang dilanda ribut taufan, kaum nabi Soleh ditimpa gempa bumi.
Kesemuanya ini alah gambaran yang Allah sebut di dalam al-Quran untuk menjadi pengajaran kepada kita supaya kita tidak mengulangi kesilapan mereka. Maka kita sebagai pendakwah perlu memberi amaran supaya masyarakat tidak terjebak dengan kancah kemurkaan Allah.

4. Motivasi kepada pendakwah
Al-Quran menjelaskan bahawa mereka yang berjuang di jalan Allah dijanjikan kemenangan di atas muka bumi ini. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai Muhammad) bahawa dia akan menjadikan mereka khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka khalifah yang berkuasa dan dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka yang telah diredai-Nya untuk mereka dan dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh)." (al-Nur: 35)

Kemenangan adalah janji Allah, dan pasti akan diperolehi oleh mereka yang berjuang di atas agama Allah sebagaimana Allah memulakan dengan lafaz wa’ada bermaksud "telah menjanjikan" di mana kemenangan dunia kepada orang yang beriman dan beramal soleh apabila tiba masanya.

Jangan tanya bila Islam akan memerintah tetapi tanya bila masa kita menyumbang kerja-kerja untuk kemenangan Islam. Perjuangan bukan dihampari dengan permaidani merah tetapi dihampari dengan onar dan darah.

Janji ini bukan sahaja di tulis dalam al-Quran malahan dicatat dalam kitab Zabur Nabi Daud AS lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Anbiya’: 105 “Sesungguhnya telah kami wartakan dalam kitab Zabur selepas peringatan bahawa bumi ini akan diwarisi oleh hamba-hamba yang soleh.”

Pesanan al-Syahid Syed Qutb pernah menyebut "kebatilan nampak kuat, tetapi tidak kekal, manakala kebenaran nampak lemah tetapi akan kekal."

pesanan penaja: artikel ini asalnya adalah hasil tulisan Ustaz Idris Ahmad tetapi telah mengalami proses pengeditan sebelum di"publish"kan ke blog ini.

:.Hikmah bertudung..bagi yang tidak mengerti.:



Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al-Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "Cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan Annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari...ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu Khoiri. Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas-desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "Abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "Kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis..saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya..dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soal jawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini:

Soal jawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik,"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.

Annisa : Tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik.

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami.

Annisa : Apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudarat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung .

Annisa : Mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung..mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya, ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta, tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia,"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua, InsyaAllah..

nurilhakim.blogspot.com

>>>Kepada wanita-wanita Islam, bersama-sama kita hayati cerita ini. Moga kita dapat menjadi wanita yang "buta, bisu dan tuli"...insyaAllah

Sunday, November 30, 2008

:.Cuti kami terisi lagi.:

Alhamdulillah, cuti kami terisi lagi dengan perkara yang bermanfaaat. Kali ni, kami belajar berniaga pulak. Alhamdulillah, dapatlah menambah ilmu berniaga, insyaAllah akan kami manfaatkan ilmu itu sebaiknya. Selama 3 hari berkampung di Kelab Kidurong sempena Karnival Keluarga Petronas, banyak yang dapat kami belajar dari akhi Hafiz dan akhi Rafique. Syukran jazilan diucapkan kerana memberi kami peluang untuk turut menolong akhi menjaga gerai.

Peluang ini juga ana manfaatkan untuk hobi ana yang suka melihat orang, gelagat dan telatah mereka yang berbeza. Terasa betapa agungnya kekuasaan Allah, diciptaNya manusia dengan bermacam-macam rupa dan sifat. Setiap satunya berbeza dari yang lain. Subhanallah.

Kadang-kadang dengan melihat orang lain boleh menjadikan kita menilai balik diri kita yang serba kekurangan. Ya, betapa kerdilnya diri kita berbanding Yang Esa. Keinsafan menjenguk diri...Ya Allah, ampuni dosa hamba-hambamu yang lemah...

Thursday, November 27, 2008

:.Jauhi Zina.:

AWAS JARAK…ANDA MAMPU
MENGUBAHNA…

Kami tidak berzina!
Maaf, saya tidak menuduh awak berzina tetapi awak menghampiri zina.

Kami hanya berbual,berbincang,bertanya khabar,minum-minum..Adakah
Itu menghampiri zina?
Kami dapat mengawal perasaan kami dan kami tidak berniat kearah itu.
Hari ini,ya.besok belum tentu.kamu dalam bahaya.iblis dan syaitan akan
Memerangkap kamu.sudah banyak tipu daya iblis ini yang mengena sasaran.
Iblis amat berpengalaman.ia telah meni[u bapa kita yang pertama,Adam dan
Ibu kita yang pertama,Hawa,jangan pula buat-buat lupa .siapa kita kalau nak
Dibandingkan dengan mereka.iblis amat licik.pengalamannya banyak.ia ada
Lebih 1001 cara.ingat,apabila bertemu diantara lelaki dan perempuan,iblis yang
Ketiganya.ia akan menghembus perasaan berahi.akuilah kita lemah untuk
Menghadapi ujiannya…

Tidak semestinya semua orang bercinta terjerumus kepada penzinaan.ada yang
Hanya betcinta dalam telefon dan hantar sms sahaja.tak pernah bersua muka
Pun!
Itulah yang dimaksudkan dengan menghampiri zina.memang pada awalnya
Tidak bersua muka,tapi perasaan manusia akan bergelora.lambat laungnya
Desakan nafsu dan perasaan serta hasutan iblis,akan mengheret untuk suatu
Pertemuan.pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja.percayalah ia akan
Berlanjutan dan berterusan…

Takkan nak berbual pun tak boleh?itu pun zina juga ke?
zina macam-macam,ada zina betul.ada zina tangan iaitu berpegang-pegeng.
Zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi atau melihat auratnya.
Zina hati iaitu berkhayal dengan kekasih.berjalan-jalan menuju kepada penzinaan
Amat banyak.jangan berada atau melalui mana-mana jalan atau lorong yang
Bileh membawa kepada perzinaan…

Duduk berdiskusi pelajaran pun tak boleh ke?bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi ,betul ke?Nampak lain macam.mesra dan manja,senyum dan tersengeh
Memanjang,tak macam gaya diskusi.takkan study group berdua aje.dimana-mana
Berdua aje.kalau ya pun,carilah group study ramai sikit.kalau duduk berdua-duaan
Betulkah berbincang pelajaran?takut sekejap aje berbincang pelajaran,banyak masa
Dihabiskan berbincang fanyasi cinta!
Tidaklah.sungguh kami berbincang pelajaran.
Betul ke?baik sungguh.betapa kuatnya iman kamu.jangan cuba menafikan fitrah
Manusia.kita bukan malaikat.jangan bagi alasan yang melucukan…

Couple untuk belajar dan memotivasi semata-mata..
Tak adakah kau sejenis boleh dijadikan rakan belajar?sudah habiskah kaum sejenis
Yang boleh memberi motivasi?jangan hina kaum sejenis kita.banyak orang cemerlang
Yang belajar hanya dengan kaum sejenis.lebih tenang,perasaan tidak terganggu…

Takkan tidak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam islam umtuk bercinta?
Adakah islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripadakesempurnaan manusia.naluri ingin memiliki
Dan suka kalau dimiliki (sens of belonging)adalah fitrah.kalau naluri out tidak
Wujud,tak normal namanya.islam bukan dating membunuh naluri dan keinginan.
Islam tidak suruh membunuh naluriseperti dilakukan oleh para sami danpaderi.jangan
Nafikan naluri ini.jangan berbohong pada diri sendiri.bukan salah dan berdosa perasaan
Yang dating tanpa diundang.itu adalah fitrah.Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh
Pada arahan dan perintah Allah.jadilah manusia yang sihat nalurinya.jangan jadi
Malaikat kerana Allah jadikan kita sebagai manusia.dunia dan segala isinya
Akan hambar tanpa naluri nafsu…

Tentu ada cinta secara islam?
Inilah kemuliaan agama kita.apabila islam melarang sesuatu perkara,tentu ia gantikan
Dengan sesuatu yang lebih baik.kalau ia melarang cinta berahi antara lelaki dan
Perempuan.ia akan membawa sesuatu sebagai ganti yang lebih baik iaitu perkahwinan.
Cinta adalah maruah manusia.ia terlalu mulia.cinta secara islam hanya satu,iaitu
Perkahwinan.cinta berlaku setelah ijab qabul.cinta lepas kahwin.itulah cinta sacral dan
Qudus.cinta yang bermaruah.bukan cinta murahan..

Kalau begitu,cinta remaja semua menghampiri perzinaan?
Ya,kalau lelaki dan perempuan melayan perasaan,teringat,rindu,kadand-kadang keluar
Dan duduk berdua-duaan,berasmara memandu cinta,berpegang tangan.apakah pula
Selepas itu…….bukankah mereka semakin hamper dan dekat dengan perzinaan?
Penghujung cinta adalah penzinaan dan kesengsaraan.berapa ramai orang yang bercinta
Telah sampai ke daerah penzinaan dan kesengsaraan.kasihanilah diri dan ibu bapa yang
Melahirkan kita dalam keadaan putih bersih….

Masih ramai yang bercinta tetapi tetap selamat,tidak sampai berzina.
Kami tahan uji..
Katakana maruah mereka telah tercalar dengan teruk.Allah yang menciptakan manusia
Dia tahu apa yang baik dan buruk bagi manusia.dia tahu kekuatan dan kelemahan
Manusia.manusia tidak tahan ujian.oleh itu Allah memerintahkan supaya jauhi perkara
Yang di tegah takut manusia akan kecundang..

Jadi manusia itu tidak tahan ujian?
Kita manusia dari keturunan Adam dan Hawa,sejak dari awal pencipta manusia,Allah
Telah mengingatkan manusia bahawa mereka tidak tahan ujian walaupun kecil.oleh itu
Allah memerintahkan Adam dan Hawa supaya tidak menghampiri tegahan.apabila
Berhadapan dengan tegahan,manusia akan kecundang.sebab itu Allah memerintahkan
Adam dan Hawa jangan hampiri pokok khuldi.tegahan sebenarnya adalah jangan
Memakannya.tetapi Allah tahu sifat dan kelemahan Adam dan Hawa jika menghampiri
Perkara tegahan,maka tegahnya mereka dari menghampiri pokok tersebut takut nanti
Mereka akan memakannya.kerana mereka tidak dapat mengawal diri.begitu juga
Dengan zina.ditegah berzina,maka jalan kearah penzinaan juga di larang.takut apabila
Berhadapan dengan godaan perzinaan,kedua-duanya akan kecundang.cukuplah kita
Belajar daripada pengalaman ibu bapa kita yang asal sehingga menghampiru pokok
Dan kemudiannya mereka tidak dapat mengawal diri lalu mumakan buah khuldi.
Akibatnya mereka di campak ke dunia………


Bercinta lepas kahwin banyak masalah.kita tak kenal pasangan secara dekat.
Bercinta adalah untuk mengenak hati budi pasangan sebelum buat keputusan
Muktamad…
Bolehkah percaya dengan maklumat dalam masa bercinta?bercinta penuh dengan
Lakonan yang dibuat-buat.masa bercinta masa merajuk ada yang memujuk.
Banyak orang yang kecewa dengan maklumat semasa bercinta.perangai
Pasangan jauh berbeza.macam langit dengan bumi.masa bercinta,dia seorang
Yang amat penyayang,penyabar,tunggu pasangan lambat sampai berjam-jam,
Sabar.tapi bila dah kahwin,lewat lima minit dah kena tengking.jadi,maklumat
Masa bercinta tidak boleh dipercayai.percintaan adalah suatu kepuraan yang
Melampau……

Adik angkat,kakak angkat,abang angkat boleh ke?
Semua itu adalah bisikan syaitan.hakikatnya cinta yang di beri nafas baru.
Kulitnya berlainan,isinya yang sama.adik angkat, kakak angkat,abang angkat
Adalah tipu daya syaitan dan iblis.manusia yang terlibat dengan budaya angkat
Ini sebenarnya telah masuk dalam perangkap syaitan.Cuma untuk tunggu masa
Untuk dikorbankan.namakan apa nama sekalipun,abang angkat ke motivator ke,
Semuanya adalah sama.jalan akhirnya akan bertemu dengan zina..

Orang yang bercinta masih ada maruah diri..
Itu adalah ukuran setengah manusia yang memiliki maruah yang sama.bukan
Ukuran yang benar-benar maruah.apatah lagi ukuran disisi Allah.maruah mereka
Amat hina.mereka tidak lagi setaraf dengan orang yang beriman dengan sebenarnya .
Apakah maruah mereka?
Orang yang bercita amat terdedah kepada perzinaan.orang yang berzinar tidak layak
Berkahwin kecuali dengan orang yang berzina juga.mereka tidak layak berkahwin
Dengan orang yang beriman..(surah al-nur:3).jadi orang yang pernah bercinta juga
Tidak sesuai untuk berkahwin dengan orang yang tidak pernah bercinta.tidakkah
Itu suatu penghinaan…..

Kami telah berjanji sehidup semati
Ada apa dengan janji cinta?berapa banyak sudah janji cinta yang musnah?lelaki?
Jangan diharap pada janji lelaki.mereka hanya menunggu peluang keemasan sahaja.
Habis madu,sepah dibuang.pepatah itu diungkap kerana ia sering berulang………..
Si dia ni lain dari yang lain.dia lelaki yang penyayang,bertanggungjawab.
Tahukah hati budi secara umumnya.sejahat mana lelaki,apabila ingi mengambil
Seorang wanita sebagai isteri dan seterusnya menjadi ibu kepada anak-anaknya,
Dia akan memilih wanita yang baik.tetapi untuk berseronok suka dan berfoya-foya,
Lelaki biasanya akan memilih wanita murahan kerana ia satu pelaburan yang
Menguntungkan.itulah rahsia lelaki……


Jadi orang yang bercinta hanya layak berkahwin dengan orang yang pernah bercinta
Juga?
Itulah pasangan yang layak untuk dirinya.kerana wanita yang baik adalah untuk
Lelaki yang baik.lelaki yang baik adalah untuk wanita yang baik..
Perempuan yang pernah bercinta,jatuhkan pandangannya pada lelaki mana ada orang
Yang normal suka pada orang yang second hand sedangkan barang yang baru masih
Ada.tidak ada lelaki yang waras akan memilih bekas kekasih orang.

Bagaimana saya?
Awak masih ada peluang.bertaubatlah dengan taubat nasuha.berdoalah,moga
Allah mentakdirkan jodoh awak dengan orang yang beriman kerana awak
Memang bertaubat nasuha………

Apa taubat nasuha?
Taubat yang murni.taubat yang sebenar-benarnya.taubat yang memenuhi 3
Syarat:
1-tinggalkan perbuatan maksiat.putuskan hubungan cinta yang tidak
Diredhai Allah ini.
2-menyesal,menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjerumus
Dalam lembah percintaan yang jijik.
3-berazam,bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa
Kecuali dengan orang yang bernama isteri atau suami.saatnya ialah selepas
Ijad qabul……….

YA ALLAH.HAMBAMU TELAH YTERSESAT JALAN.AMPUNI DOSA-DOSA
HAMBAMU INI.SESUNGGUHNYA ENGKAU MAHA PENGAMPUN DAN
PENERIMA TAUBAT.BERILAH KEKUATAN KEPADAKU UNTUK MENGHADAPI
GODAAN KEREMAJAAN INI.ANUGERAHKANLAH KEPADAKU PERASAAN
BENCI TERHADAP MAKSIAT.HIASILAH AKU DENGAN AKHLAK YANG MULIA.
IBU DAN AYAH,ANAKMU BERDOSA BESAR.ENGKAU JAGA DIRIKU SEDARI
KECIL DENGAN KASIH SAYANG.MENGAPAKU CURAHKAN KASIHKU KEPADA
ORANG LAIN.OH TUHAN,HAMBAMU BERDOSA………
AMIN,YA RABB.MOGA Allah terima taubat…

Wednesday, November 26, 2008

:.Alhamdulillah.:

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi, akhirnya dapat juga kami menyiapkan blog ini. Setelah bertungkus-lumus meneroka laman blogger.com, akhirnya berjaya juga kami hasilkan blog ini walaupun hasilnya tidak seberapa. Syukran kathiron kami ucapkan kepada Ustaz Din dan Kak Cze kerana membantu kami menghasilkan blog ini. Jasa kalian amat kami hargai. Kepada sahabat-sahabat yang dikasihi, marilah kita bersama-sama menggunakan kemudahan yang ada ini dengan sebaiknya. Moga usaha kita ini akan diredhai dan diberkati Allah SWT..InsyaAllah..Takbir...Allahu Akhbar

:.Kepada yang bergelar Pejuang.:

katanya kau seorang pejuang
tapi ikhtilat mu tidak dijaga

katanya kau seorang pejuang
tapi kau masih assobiyyah

katanya kau seorang pejuang
tapi ibadah mu dan amalanmu masih seperti dahulu

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan tv , movie dan game dgn alasan nak release tension

katanya kau seorang pejuang
cinta dunia masih menempati hatimu berbanding cinta allah dan rasulNYA

katanya kau seorang pejuang
kau sibok update isu semasa berbanding AL QURAN 1juz sehari

katanya kau seorang pejuang
kau tak pun berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau masih layan muzik-muzik yang lagha

katanya kau seorang pejuang
tapi sering beralasan untuk dakwah dan jihad

katanya kau seorang pejuang
kau lebih bela jemaah berbanding islam

katanya kau seorang pejuang
kau masih ada karat jahiliyyah dihatimu tanpa usaha membuangnya

katanya kau seorang pejuang
mutabaah ibadahmu sangat menyedihkan

katanya kau seorang pejuang
ukhuwahmu hanya untuk kepentinganmu bukan kepentingan ummat

katanya kau seorang pejuang
kau sering tinggal QIAMULLAIL bebanding mengamalkannya

katanya kau seorang pejuang
berapa banyak ummat yang kau ziarah?

katanya kau seorang pejuang
kau sering menyalahkan orang lain berbanding diri sediri akibat lalai kerna tidak berdakwah

katanya kau seorang pejuang
kau lebih banyak berdakyah berbanding berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi masa rehatmu lebih banyak berbanding masa berdakwah

katanya kau seorang pejuang
tapi untuk berinfaq saja kau sudah kikir

katanya kau seorang pejuang
hidupmu masih senang lenang dan mewah

katanya kau seorang pejuang
kau sudah menganggap dirimu mulia sedangkan kau harus lebih tawadhuk

katanya kau seorang pejuang
kau jarang sekali menangis untuk bertaubat

katanya kau seorang pejuang
kau masih seronok dengan maksiat di sekitarmu

katanya kau seorang pejuang
kau tidak rasa apa-apa bila berbuat maksiat

katanya kau seorang pejuang....