Thursday, October 29, 2009

Takut pada Allah

Orang-orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul Laits telah berkata;

"Tanda-tanda takut pada Allah itu kelihatan tujuh perkara"

Pertama pada lisannya. Dia menghindarkan dirinya daripada ghibah, sebar fitnah, berbual kosong dan banyak berbual. Malah menyibukkan diri dengan berzikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

Kedua pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian itu dapat menghapuskan kebaikan. Sebagaimana Rasullulah telah bersabda;

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya. Tidak ada ubat untuk penyakit hati selain dari ilmu dan amal.

Ketiga pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada makanan, minuman, pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat pada dunia. Tetapi dia memandang dengan iktibar. Rasullulah telah bersabda;

"Barangsiapa memenuhi matanya dengan perkara haram, maka Allah akan memenuhinya daripada api pada Hari Kiamat."

Keempat pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi dengan barang yang haram. Sebagaimana Rasulullah bersabda;

"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh Malaikat dari langit dan di bumi melaknatinya selama sesuai atau seteguk barang itu berada di dalam perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di Neraka."

Kelima pada kedua-dua tapak tangannya. Dia tidak menggunakan untuk perkara yang haram. Tetapi hanya menggunakannya untuk taat pada Allah. Dirawikan daripada Ka'ab Akhbar, dia berkata;

"Sesungguhnya Allah tidak menciptakan bangunan dari Zabarjud Hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula. Setiap aula terdapat tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ selain orang yang ditawarkan barang haram, namun dia menolaknya kerana takut pada Allah".

Keenam pada langkahnya. Dia tidak berjalan untuk maksiat. Tetapi hanya melangkah untuk taat pada Allah, mencari keredhaan-Nya, serta bergaul dengan para ulama' dan orang-orang soleh.

Ketujuh terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaatannya semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Takut pada riak dan munafik. Barangsiapa yang melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori yang diperkatakan oleh Allah SWT;

Ertinya; "Sesungguhnya orang-orang taqwa dalam kebun-kebun dan air mata(syurga)".

(Surah Al-Hijr : 45)

Seorang mukmin harus berada dia antara rasa takut dan berharap. Dia harus sentiasa mengharapkan rahmat Allah. Tidak berputus asa mengharapkannya. Wassalam...

Sumber; Buku Penenang Jiwa, Terjemahan Kitab Mukashafah Al-Qulub Imam Al-Ghazali.

Thursday, October 22, 2009

Indahnya saling merindu kerana Allah…

salam....

w'slm….

akak wtper?

dok bace paper n cari maklumat utk tesis...

ada apa ya ukhti?

xda pa..

rindu...

erm...dah lama kita x berusrah sama2...

akak pon rindu suasana tu...

huhu

trindu mlm ni

erm...sedihla pulak

erm, tul2 rindu xtaulah ngapa...

smoga ukhwh y tjlin kekal hingga akhirnya..

insyaAllah…

rindu lagi…takde cerita lain ke…?asyik post entri yang menggunakan tema rindu je..”very da motifkan penulis ini”…jiwang sungguh…tapi rasa rindu tak salah kan.

Rindu itu adalah anugrah dari Allah
Insan yang berhati nurani punyai rasa rindu
Rindu pada kedamaian rindu pada ketenangan
Rindukan kesejahteraan dan juga kebahagian
Para pencinta kebenaran rindukan suasana
Masyarakat yang terjalin aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya kalimah Allah di muka bumi
Dan dalam merindukan keampunan tuhannya…

Petikan daripada lagu ‘rindu’ nyanyian hijjaz...rindu tu suatu anugerah dari Tuhan kepada hambaNya. sungguh-sungguh indah perasaan rindu ini jika semuanya kerana Allah..
Sebenarnya tujuan aku mengepost entri ini, alkisahnya bermula dengan berlakunya dialog di atas antara diriku dengan seorang sahabat. Ye..kami sedang merindu..merindu keakraban kami tika usrah bersama..betapa rasa rindu ini menyebabkan jiwaku sebak dan mataku berkaca-kaca..kami merindu kerana Allah..kerana ingin mengejar redhaNya..
Kerinduan ini hanya dapat kuluahkan dengan lakaran kata-kata;

Rindu bertamu lagi.
Rindu untuk bertemu sahabat-sahabat dalam satu usrah.
Rindu untuk berbicara dan berkongsi semua perkara dengan sahabat.
Rasa rindu ini semakin menyesak di dalam dada.
Ya, aku ingin menangis kerana kuatnya rasa rindu itu.
Kuatnya rasa rindu ini melebihi kerinduaan kepada ibu dan ayah.
Kerinduaan ini begitu mendera perasaanku.
Aku rindukan sahabat-sahabat seperjuanganku.
Aku rindukan saat-saat berusrah dengan mereka.
Aku rindukan bicara, gelak tawa, dan suka duka bersama mereka.
Ya Allah, pertemukanlah kami.
Kekalkan keakraban kami.
Kami bertemu dan berpisah hanya keranaMu ya Allah.
Kami mengikat janji setia di atas namaMu ya Allah.
Teguhkanlah hati-hati kami ya Allah.
Makbulkanlah doa rabitah yang kami lafazkan tika fajar menyingsing.

“Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi-Mu, bertemu untuk mematuhi perintah-Mu, bersatu memikul beban dakwah-Mu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariat-Mu, maka eratkanlah Ya Allah..maka eratkanlah Ya Allah..maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalan-Nya. Penuhkan hati ini dengan cahaya Rabbani-Mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentang-Mu. Dan matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agama-Mu. Engkaulah sebaik-sebaik sandaran dan sebaik-sebaik penolong. Ya Allah, perkenankanlah permintaan ini.


p/s : buat sahabat-sahabat seperjuanganku, ku coretkan kata-kata dari Sayyidina Ali bin Abi Talib buat tatapanmu; "sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar, sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan, sahabat sejati menjadi pendorong impian, sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.." ukhuwwah fillah abadan abada...(^_^)