Sunday, November 30, 2008

:.Cuti kami terisi lagi.:

Alhamdulillah, cuti kami terisi lagi dengan perkara yang bermanfaaat. Kali ni, kami belajar berniaga pulak. Alhamdulillah, dapatlah menambah ilmu berniaga, insyaAllah akan kami manfaatkan ilmu itu sebaiknya. Selama 3 hari berkampung di Kelab Kidurong sempena Karnival Keluarga Petronas, banyak yang dapat kami belajar dari akhi Hafiz dan akhi Rafique. Syukran jazilan diucapkan kerana memberi kami peluang untuk turut menolong akhi menjaga gerai.

Peluang ini juga ana manfaatkan untuk hobi ana yang suka melihat orang, gelagat dan telatah mereka yang berbeza. Terasa betapa agungnya kekuasaan Allah, diciptaNya manusia dengan bermacam-macam rupa dan sifat. Setiap satunya berbeza dari yang lain. Subhanallah.

Kadang-kadang dengan melihat orang lain boleh menjadikan kita menilai balik diri kita yang serba kekurangan. Ya, betapa kerdilnya diri kita berbanding Yang Esa. Keinsafan menjenguk diri...Ya Allah, ampuni dosa hamba-hambamu yang lemah...

1 comment:

srikandi said...

salam..
mohon maaf, ana baru belajar nak menulis dalam blog, mencambahkan buah fikiran...susunan ayat agak caca merba...mohon teguran dan tunjuk ajar dari sahabat-sahabat