Thursday, January 1, 2009

:.Pesanan buat sahabat-sahabat seperjuangan.:

Sahabat…
Ingat keluarga yang menaruh harapan padamu
Belajarlah bersungguh-sungguh dengan usaha yang gigih
Jangan kau leka dan lalai dengan dunia penipu

Sahabat…
Ingat dan berzikirlah kepada Allah setiap masa
Itulah insan yang dikasihi dan diberi perhatian oleh Allah
Tidak mahukah kau dikasihi dan disayangi?
Tidak sukakah kau yang dirimu sentiasa diberi perhatian?
Tidak gembirakah kau, dirimu dicintai dan dirindui?
Oh… alangkah indahnya semua itu
Untuk itu, jangan sekali-kali kau lupakan Dia
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sahabat…
Menangislah setiap kali kau melangkah keluar dari bilikmu
Sesungguhnya dirimu sememangnya telah banyak dosa
dan kini…
kau berhadapan lagi dengan pelbagai dosa yang bakal terpalit
yang akan menambahkan lagi kehitaman hatimu
yang telah sedia hitam kerana banyaknya dosa

Sahabat…
Walau apa jua kesukaran yang kau hadapi
Mintalah bantuan daripada Allah
Kerana Allah adalah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong

Sahabat…
Islam Mengajar Umatnya Sentiasa Cemerlang
Oleh itu kau harus cemerlang dalam apa jua bidang
Yang pasti jangan sekali-kali kau malas untuk berusaha
Berusahalah sehabis daya
Jangan kau berundur selagi usahamu tidak berhasil
Usaha dan terus berusaha
Ingatlah Allah itu Maha Pengurnia
Oleh itu berdoalah kepadaNya setiap masa
Sesungguhnya Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang berusaha
InsyaAllah 4 pointer pasti dalam tangan.

No comments: