Wednesday, April 8, 2009

Muhasabah Diri

“………dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini.”
(Surah Muhammad : 38)

Ayat ini sungguh terkesan di hatiku..jika kamu berpaling, Allah akan gantikan kamu dengan orang lain yang lebih baik dari kamu..Allah menegaskan di sini bahawa Dia tidak memerlukan kita tapi sebenarnya kitalah yang amat memerlukan Dia. Kita yang memerlukan rahmat dariNya, kita yang mengimpikan syurgaNya, kita yang mencari redhaNya. Dia tidak memerlukan apa-apa dari kita. Jika kita ingat kepadaNya, Dia lebih mengingati kita dan jika kita lupa kepadaNya, dia boleh lebih dari itu, tidak pedulikan kita langsung.

Apa yang nak kita banggakan dengan diri kita...?

Adakah kita nak mendabik dada bahawa kitalah pejuang agama Allah?


Adakah kita mahu mengatakan dengan bangga bahawa kitalah adalah antara penyambung mata rantaian dakwah Rasulullah?

Dan adakah kita merasakan tanpa kita dakwah takkan berjalan, Islam takkan tertegak di muka bumi ini atau takkan ada orang lain lagi yang mampu meneruskan tugas Rasulullah ini?

Atau adakah kita rasa kita tak perlu berada di dalam saff perjuangan ini kerana masih ramai lagi yang ada untuk buat kerja ni?

Tak usahlah kita nak menyombong diri begitu, tanpa kita memang Islam akan tertegak jua di bumi ini. Itu janji Allah yang pasti. Dan tanpa kita, akan ada orang lain yang akan perjuangkan agama Allah ini. Tapi, kita mesti ingat, kita memilih jalan ini bukan kerana ia memerlukan kita tatapi kerana kita yang ingin mendapatkan redha dan rahmat . Kita yang berhajat kepadanya, bukannya ia berhajat kepada kita. Jangan kita ingat, kita boleh hidup senang tanpa redha dan rahmat dari Ilahi.

Cubalah tanamkan dalam diri kita dan setkan dalam minda kita bahawa kita yang sangat-sangat berhajat kepada Islam, maka InsyaAllah kita akan memberikan sepenuh komitmen kepada kerja-kerja dan program-program Islam. Tidak akan timbul lagi alasan-alasan kuno seperti “saya sibuklah, banyak assignment minggu ni”, saya ada test 5 hari lagi, tak dapat ikut program..banyak lagi tak baca”, dan banyak lagi alasan-alasan yang sungguh “munasabah”. Dan jika kita faham bahawa kita yang sangat berhajat kepada Islam, takkan terbit lagi alasan “saya tidak berminatlah dengan program-program macam ni”, “saya tak nak terlibat dengan gerak kerja Islam atau dakwah..bukan minat saya” dan macam-macam alasan lagi… sungguh menyedihkan dan meletihkan melihat dan melayan karenah budak-budak zaman sekarang…

Ingatlah wahai empunya diri dan anda-anda semua, kita hanyalah insan hina yang telah dimuliakan oleh Allah dengan Islam.. jadi jika kita lebih pentingkan yang lain dari Islam itu sendiri, maka kita telah meletakkan diri kita hina di sisi Allah. Ingatlah jua, bahawa Allah mampu menggantikan kita dengan orang lain yang tidak akan mensia-siakan peluang yang diberi oleh Tuhannya dan akan berjuang dan berkorban di jalanNya dengan sepenuh hati semata-mata untuk mendapat redhaNya. Di saat itu, jangan pula kita menyesal kerana kita telah diberi peluang itu, tapi kita yang telah mensia-siakannya….wallahu’alam


p/s : mohon maaf kepada pembaca, ayat agak tak tersusun dan caca merba...

No comments: