Saturday, January 24, 2009

KEMANISAN IMAN



-15 حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُالْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رضي الله عَنْهم {عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاوَةَ الإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لا يُحِبُّهُ إِلا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ} *

15- Muhammad bin al-Mutsnna telah meriwayatkan kepada kami, katanya, `Abdul Wahhaab al-Tsaqafi telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Ayyub telah meriwayatkan kepada kami dari Abi Qilaabah dari Anas bin Malik r.a, dari Nabi SAW, Baginda bersabda: “Tiga perkara, sesiapa yang ada padanya tiga perkara itu niscaya dia akan mendapati kemanisan iman. (Pertama) Allah dan Rasulnya lebih disayanginya daripada sesuatu selain keduanya dan (Kedua) dia mengasihi seseorang, tidak dikasihinya orang itu melainkan kerana Allah, dan (Ketiga) dia tidak suka kembali kepada kekufuran sepertimana dia tidak suka (dirinya) dicampakkan ke dalam api.”

Friday, January 23, 2009

:.Bicara Hamba.:

Termenung daku sendirian
Menghisab diri yang kian tegar
Mengundang murka Tuhan
Mengulangi dosa-dosa silam
Memungkiri janji-janji semalam

Terasa hidupku kian kelam
Terasa jasadku kian tenggelam
Terasa hatiku kian suram
Diriku makin jauh dari-Mu ya Tuhan

Persoalan demi persoalan membelenggu diriku
Masih adakah lagi ruang untukku meraih cinta-Mu
Masih adakah lagi ruang untukku menagih kasih-Mu
Masih adakah lagi ruang untukku mendapat rahmat-Mu
Masih adakah lagi ruang untukku mencapai redha-Mu
Masih adakah lagi ruang untuku mengecapi maghfirah-Mu

Air mata kesyukuran menemani sujudku
Saat ku mendapat jawapan dari-Mu

Cinta-Mu sentiasa memenuhi hati-hati yang mencintai-Mu
Kasih-Mu sentiasa tercurah buat sesiapa yang mengasihi-Mu
Rahmat-Mu sentiasa menaungi hamba-hamba yang memuliakan-Mu
Redha-Mu sentiasa mengiringi hamba-hamba yang menjunjung agama-Mu
Maghfirah-Mu sentiasa melimpahi hamba-hamba yang meminta kepada-Mu
Ya...pintu taubat sentiasa terbuka buat sesiapa yang ingin memasukinya dan..
Dia tetap terus setia menanti untuk didampingi sesiapa yang ingin kembali kepada-Nya
Menanti dan terus menanti…


p/s: kita terkadang lebih mementingkan janji kita dengan manusia berbanding dengan janji-janji kita dengan Yang Maha Esa. kita berasa bersalah jika kita mungkir jajni dengan manusia tapi hati kita tidak pernah resah bila kita melupakan janji2 kita dengan Allah. namun begitu, rahmat Allah sentiasa terbuka luas untuk kita jika kita bertaubat kepada-Nya. dia tetap menerima hamba-hamba yang ingin kembali ke sisi-Nya. bertaubatlah sebelum pintunya tertutup untukmu...

srikandi
23 Jan 2009
10.10 am
UPMKB

Wednesday, January 14, 2009

:.DOSA-DOSA MANUSIA BERKAITAN DENGAN AURAT.:

jagalah keturunan mu..
jangan kamu lalai dari tangungjawab kamu...
jangan kerana keluargamu...
dirimu ditarik oleh keluargamu ke lembah neraka.
jagalah orang terdekat kamu dari melakukan kebencian allah!
maksiat didunia memang indah...
jika dipamirkan keadaan diakhirat kelak...
x ada sesiapap yang ingin melakukan maksiat didunia ini..
teruknya azab bagi yang melakukan maksiat...
nak sentuh bab aurat..
ramai yg tidak kisah dengan aurat,
pemain bola,ahli sukan,pompuan...pompuan lebih ramai yang menginap di nerkaa,,
coz..
lalai dari menjaga aurat..
aurat harus dijaga dari atas kebawah,
itu satu tuntutan agama,
wajib keatas umat islam,
aurat isu sensitif,
coz....

ramai yang malu dengan tutup aurat..
paaai jilbab pun dah jarang,
selendang digantinya,
selendang sekarang belum tentu dapat menutup aurat yang ditetapkan dalam islam,
bagi wanita,
jilbab adalah yang terbaik,
selendang belum tentu dapat menutup dada,
islam itu lengkap!
punyai sebab islam melarang wanita mendedahkan dada,
berjubah dan berbaju kurung pun ada hikmahnya,
jagalah keluargamu dengan aurat ...
antara aurat yang payah dijaga sekarang,
RAMBUT!!!
ia akan di gantung rambut nya di neraka, walau satu utas rambut,
DADA!!!
dilayurkan dada diatas bara api neraka,
aurat penting dalam islam,
bagi menjaga moral dan akidah umat islam,
pemimpin harus bertegas tentang aurat,
ini hanyalah untuk menilai pompuan yg solehah dengan pkai stokin,
coz...
stokin bila berselipar memang payah untuk diamalkan,
bagi menjaga aurat.........
jagalah tol2 aurat,,, pesan pr untuk semua,,,

:.MASIHKAH ADA LAGI KESEMPATAN?.:

Eiyah! Dengan pantas Nadia melompat naik di atas motor seorang jejaka yang baru dua hari dikenalinya.“ Pegang kuat – kuat dik, nanti kalau jatuh, adik juga yang susah. “ kata jejaka itu.“ Lambat benar motor abang ni, lajulah sikit ! Motor EX5 jejaka itu meluncur laju.Tidak berapa lama kemudian Nadia tiba di depan rumahnya. “ Alhamdulillah, mujur papa dan mama tak ada dekat rumah.”Lupa aku. Hari ini papa dan mama ada mesyuarat dekat sekolah.Fhuih, lega… Belum sempat lagi Nadia melangkah ke pekarangan rumahnya, tudung yang dipakainya tadi dibuka. Sambil bersiul – siul dia melangkah masuk ke halaman rumahnya.“ Nadia! Nadia ! Assalamu…” “ Hai Jefrey!” Nadia membalas sapaan Jefrey yang melalui depan rumahnya. Tudung kepala yang dipegang dilambai – lambaikan ke arah Jefrey. “ Hei, tak nak singgah dulu ke ?” Jefrey hanya tersenyum kehairanan. Dia tidak mampu berkata apa – apa apabila melihat tingkah laku Nadia. Jefrey, ketua Pengawas Sekolah Agama Nurul Iman cepat – cepat melangkah pergi.

Sebenarnya aku sedikitpun tidak ada hati untuk belajar di Sekolah Agama Nurul Iman yang terletak di pekan kecil berdekatan kampungku. Namun, aku tidak ada pilihan. Permohonanku untuk memasuki Maktab Rendah Sains Mara ( MRSM ) tidak berjaya. Akhirnya aku terpaksa akur dengan kehendak mama dan papa yang mahu aku belajar di Sekolah Agama Nurul Iman.“ Papa lebih suka kalau Along belajar di Sekolah Agama tu. Belajar rajin – rajin. Faham tentang agama dan berakhlak mulia. Jadi, seperti mama, seorang ustazah yang berkaliber.” Nasihat papa.“ Kalau boleh lebih baik dari mama, sambung belajar dekat Jordan, paling tidak boleh menjadi hafizah. Tentang perbelanjaan jangan Along risau, sekarang ini Along belajar saja!” nasihat mama sambil membelai rambutku.Ah! Leceh betul mama dan papa…Tetapi akhirnya di Sekolah Agama Nurul Iman itulah Nadia belajar. Hampir hari – hari Nadia ke sekolah dan pulang ke rumah dengan masam mencuka. Dia merasakan dirinya dikongkong. Setiap hari ke sekolah wajib memakai tudung kepala! Itulah perkara yang sejak dari dulu disuruh oleh papa dan mama yang kutolak, kini menjadi kewajipan di Sekolah Agama Nurul Iman!“ Along tahu itu wajib! Along nak pakai tudung kepala! Tapi bukan sekarang ni mama. Along masih muda. Kesempatan inilah Along hendak bergaya. Nanti kalau dah kahwin atau kalau dah tua nanti Along pakailah!” rengek Nadia.Aku seperti lembu dicucuk hidung. Itulah perasaanku sekarang. Keluar saja dari pintu sekolah, Nadia akan membuka tudung kepalanya. Beberapa orang temannya kehairanan dan berasa pelik dengan sikap Nadia. Namun, ramai lagi yang melakukan hal yang sama seperti Nadia. Ika, Laila, Suzana, Julia dan ramai lagi yang bertindak seperti Nadia. Mereka terpaksa datang ke sekolah atas desakan ayah dan ibu. Sekali lagi aku katakan mereka seperti aku; terpaksa!“ Alah, aku peduli apa, Kak Rina dan Rini jiran sebelah rumahku walaupun sekolah agama, di rumah atau ke mana – mana tak pernah pakai tudung . Cuma kalau ke sekolah saja.Itupun tak pernah dimarahi oleh ayah dan ibu mereka. “ leter Suzana teman sekelasku yang jiwanya juga memberontak seperti aku.“ Eh… Nadia kau tengok tu budak perempuan tu sikit punya seksi jalan dengan pak wenya.“ Ha… ha… ha… tak sepadan langsung.” Ketawa mereka serentak.
“ Terus terang aku katakan Nadia, aku sukakan kamu.”Itulah kata – kata Nazrul sebulan yang lalu , senior di sekolahku yang sememangnya menjadi kegilaan pelajar – pelajar perempuan. Nazrul bukan sahaja sering menjadi wakil pidato sekolah di setiap peringkat , malah memiliki wajah yang cukup handsome apatah lagi anak orang kaya.“ Boleh kalau malam ni aku datang ke rumahmu?”“ Kau gila, nak kena tembak dengan papa aku. Kau kan dah tahu papa aku tu ustaz, imam kampung pulak tu. Dia dan mama tak suka kalau aku kawan dengan budak lelaki, tak solehah kata mereka. Alah, diaorang nikan fikiran macam orang tua dulu – dulu.”“ Habis tu macam mana?”“ Alah kalau nak jumpa , jumpa dekat sekolah sudahlah.”Nazrul menarik muka masam dengan kata – kata Nadia.Tidak menjadi masalah bagi Nadia kalau semua orang di sekolah tahu tentang hubungannya dengan Nazrul. Apatah lagi Marziah teman sekelasnya yang bertudung rapi dan alim di sekolah sering menasihatinya.“ Marziah, tak payahlah awak nak jaga tepi kain orang lain, jagalah diri kau tu sendiri cukuplah.” Marahku. Suzana tersenyum mendengar kata – kata yang terkeluar dari mulut Nadia. “ Astaqfirullah, bukan niat aku untuk menjaga tepi kain engkau, tapi sebagai sahabat aku sayangkan engkau. Aku mahu engkau menjadi wanita yang tahu tentang tanggung jawab dan hakikat sebagai seorang muslimah.. Itu saja …”“ Diamlah! Mulut kau tu macam orang tua – tua. Aku tahulah apa yang aku buat, apa kau sibuk.”Menyesal aku sekelas dengan orang yang suka berkhutbah. Rimas, benci, ah… Marziah sering menegur tentang sikap aku di sekolah. Marziah menegur tentang tudung kepala yang sering kutanggalkan selepas waktu sekolah. Sekarang ini dia sibuk mencampuri soal peribadi hidupku! Huh!! Rimas aku… “ Marziah, kalau kau nak aku macam kau tunggulah empat puluh tahun lagi. Masa aku dah tak cantik macam ni lagi” . Kata – kata yang pedih ditelan begitu sahaja oleh Marziah. Dia akur dengan sikap Nadia. Namun, kemesraannya tetap tidak pernah hilang terhadap Nadia. Nadia sahaja yang tidak mampu menghadapi semua ini.“ Nadia, pengetua panggil engkau!” beritahu Suzana.“ Hah, pengetua panggil aku. Apa hal pulak! “ Manalah aku tahu, cepatlah”, tegas Suzana sambil menampar bahu Nadia.“ Nadia, awak telah terpilih untuk mewakili sekolah dalam pertandingan Tilawah al – Quran peringkat zon 1. Saya harap awak mampu memberi kajayaan kepada sekolah. Selamat berjaya, Nadia”, kata pengetua sekolahku. Aku tersenyum riang .Sejak sekolah rendah lagi Nadia sering menjuarai pertandingan Tillawah al – Quran sama ada peringkat sekolah mahupun peringkat negeri. Bukan hanya suara dan nada lantunannya baik, malah Nadia bijak menguasai segala seluk beluk tentang tilawah dengan sempurna. Mama dan papanya yang banyak memberikan tunjuk ajar. Nadia cukup berbangga dengan kebolehannya. Ramai teman – temannya yang nampak alim di sekolah seperti Marziah dan Kamalia tidak mampu menandingi kehebatan Nadia dalam membaca al – Quran dengan baik.
“ Biar aku ajar kau orang baca al – Quran. Mesti gempak punya. Okey… Qoriahlah katakan! Ha… ha… “ pekik Nadia.Nazrul dan Suzana tersenyum. Mereka turut berbangga dengan kemenangan Nadia dalam pertandingan itu!“ Al – Quran bukan untuk dipertandingkan dan dibanggakan seperti itu, tetapi al – Quran untuk difahami, dihayati dan diamalkan. Semoga kau mendapat hidayah-Nya, Nadia”, kata Marziah apabila mengetahuii kemenangan Nadia tersebut. “ Apalagi… kita nikan pelajar sekolah agama.”Nadia sekadar menarik muka masam. Kata – kata Marziah tidak ubah seperti leteran papa dan mama.“ Bila kamu mahu berubah, Nadia? Mencintai Islam dengan sepenuh hati. Mencintai Allah dan rasul dengan seikhlas mungin? Nadia sebenarnya kamu boleh manfaatkan kebolehan kamu dengan al – Quran bukan hanya sekadar untuk masuk pertandingan sahaja” kata Marziah lagi.Lama kelamaan Nadia agak terharu mendengar kata – kata Marziah. Dia memandang Marziah begitu dalam.“ Okeylah, aku berazam untuk berubah, tapi bukan sekarang”, Nadia tertawa. “ Eh, akupun sama, masih ada esokkan untuk kami? Sampuk Suzana.Marziah sekadar memandang sayu ke arah Nadia dan Suzana.
Cuti minggu akhir bulan November, Nadia benar – benar happy. Dia dan kawan- kawannya akan menghabiskan cuti minggu itu di Gunung Jerai.. Minggu ini mereka semua terlalu gembira kerana di kesempatan ini mereka dapat merehatkan minda dari tugas – tugas harian di sekolah. Dii kesempatan itu mereka tidak melepaskan peluang merakamkan foto – foto kenangan bersama di sana.Suzana, nampak terlalu gembira hari ini. Aku memandang seketika ke arahnya yang terlalu akrab dengan dua orang jejaka yang baru sahaja dikenalinya. Kawan – kawan yang lain masih leka melayan perasaan masing – masing. Nadia kembali menyambung membaca majalah muzik yang baru saja dibelinya. Alhamdulillah, hawa di Gunung Jerai nyaman sekali.Jam sudah menunjukkan pukul lima petang ketika mereka sedang sibuk mengemas barang – barang untuk pulang. Jauh juga jarak antara Gunung Jerai dengan pekan Alor Setar! Mereka tidak mahu mengambil risiko sampai lewat malam ke rumah.Semua sudah berkumpul di tempat yang telah dijanjikan, tetapi Suzana belum lagi tiba! “ Ke mana pulak budak ni! Berjalan pergi ke mana sahaja dia ni! Marah kawan – kawan yang lain.“ Aku ingat dia dengan kamu Julia. Tadikan kamu dengan Suzana asyik melayan dua orang pak we tu”, kata Nadia sedikit resah.“ Betullah tu, tapi lepas tu mereka bertiga pergi. Aku tak mahu ikut sebab aku sakit perut waktu itu”, cerita Julia dengan suara yang terketar – ketar.“ Ke mana Julia?”“ Manalah aku tahu, kalau aku tahu senanglah” suara Julia agak keras.Dada Nadia berdebar kencang. Dia mula cemas mengingatkan Suzana seorang diri bersama dua jejaka tadi. Satu jam mereka menunggu. Namun kelibat Suzana belum lagi muncul. Hari semakin gelap. Wajah masing – masing masam mencuka menanti Suzana. “ Mungkin dia dah pulang dulu, Nadia. Jomlah kita pulang. Dah lewat ni”, ajak Suzi dan Aida.“ Tidak mungkin, Suzana bukannya orang yang jenis berani jalan sorang – sorang. Selalunya aku yang akan menghantarnya pulang. Kalau tak mesti kena marah dengan ibunya,” tegas Nadia.“ Kita mesti carinya juga sampai jumpa. Satu jam dari sekarang kita jumpa di sini kembali. Bersama Aida, Nadia mencari Suzana. Menjelajah jalan- jalan sunyi di sekitar Gunung Jerai. Pencarian kami sia – sia.Suzana masih belum dijumpai.“ Kalau ke sana mugkin tidak, Aida?’ “ Eh, semak – semak macam ni takkan orang nak masuk kot!” Jelas Aida. Saat itu mereka sampai di penghujung jalan Gunung Jerai. Di hadapan mereka sekarang seperti jalan yang curam dan cukup membahayakan.“ Ya Allah! Nadia menunduk dan memungut sesuatu.“ Apa?”“ Ini skaf Suzana, aku yang berikannya waktu hari lahirnya yang ke – 18! Aida, dia mesti ada di sini” ! suara Nadia agak terketar.“ Kita pulang saja Nadia! Haripun dah gelap ni! Kawan – kawan kita mesti dah menunggu!”“ Tidak, kita akan ke sana juga”! sambil tangan Nadia menunjuk ke arah belantara di hadapan mereka.“ Aku … aku takutlah Nadia, kau ajalah yang pergi”.Nadia menarik tangan Aida. Jantungnya berdegup lebih keras. Tak mungkin, tak mungkin dia di sini, bisik hati Nadia. Tapi…“ Ya Allah !!! Nadia dan Aida berteriak sekuat – kuatnya! Suzana terkapar d semak – semak.Pakaiannya tidak terurus. Matanya terbeliak ke luar! Sebilah parang melekat di dadanya. Nadia tidak dapat menahan sebaknya. Dia menangis sepuas hati.
Sejak kematian Suzana, Nadia menjadi orang yang tidak betul.. Peristiwa sebulan yang lalu masih menghantui jiwanya. Setiap kali Nadia mahu melelapkan matanya, pasti wajah Suzana muncul di kotak fikirannya.Nadia juga sering berulang – alik ke Balai Polis memberi laporan tentang kes yang berlaku kepada Suzana.“ Ajal seseorang itu seperti yang telah ditakdirkan oleh Allah. Kita tidak pernah tahu bila kita datang, dan bila kita akan kembali. Mungkin hari ini, mungkin waktu ini, mungkin saat ini, kita tak pasti bila dan bila… Siapa akan menyangka tidak ada esok lagi untuk Suzana”, kata Marziah dengan nada sedih.Nadia cuma tunduk membisu. Dia memandang sayu pada wajah Marziah. Sukar baginya untuk melupakan wajah Suzana.Terbayang saat – saat Suzana dengan bangga menunjukkan blaus yang tak berlengan itu kepadanya.“ Cantikkan” ? ujarnya ketika itu.“ Eh, kalau aku pakai macam ni nak mampus. Silap – silap kena pukull dengan papa aku,” kata Nadia.Mereka berdua ketawa. Baju itu juga yang dipakai oleh Suzana semasa tragedi ngeri itu. Ah! Nadia cuba memejamkan mata. Bayangan Suzana tak juga hilang. Astaqfirullah, di mana, bagaimana dan apa yang dialami oleh suzana sekarang di alam kubur? Apa yang… Astaqfirullah. Siapalah yang tahu akan ajal seseorang? Bagaimana kalau esok aku mati? Nadia semakin gementar. Malam ini Nadia menunaikan solat Isyak lama sekali. Sewaktu dia membaca al – Quran, dia menangis. Inilah pertama kali dalam hidupnya yang sebelum ini belum pernah dia lakukan.
Sudah seminggu Marziah tidak datang ke sekolah. Bila Nadia telefon ke rumahnya, ibu Marziah cakap dia cuma demam. Namun, ketidak hadiran Marziah ke sekolah benar – benar aku terasa kehilangannya. Barulah kiniNadia sedar, segala nasihat, teguran daripada Marziah benar – benar bermakna buat dirinya. Sebenarnya aku ingin sangat menceritakan kepada Marziah bahawa kini papa dan mama sangat gembira dengan perubahan diriku. Perubahan yang disebabkan keikhlasan hatiku dan juga atas nasihat – nasihat manismu.. Aku tidak mahu hari esok tidak ada lagi buat diriku.Entahlah. Kata mama Allah memang Maha Pembolak balik hati manusia. Alhamdulillah, mungkin saat ini aku berasa aku telah mendapat hidayah daripada Allah. Masya Allah, pagi tadi Nadia terbaca di surat khabar, 15 orang terbunuh dalam kemalangan jalan raya melibatkan bas ekspress dan lori tanah di Jalan Baling. Innalillah! Kemudian berita tentang Pakistan, Afghanistan dan rakyat Iraq. Wajah – wajah comel muslimah – muslimah yang masih kecil bertudung lengkap jelas terbayang dalam ingatanku. Wajah Suzana.“ Nadia, kau dah banyak berubah sekarang! Kata Julia mengejutkan Nadia. Nadia sekadar tesenyum. Tersenyum dengan kata – kata Julia tadi.“ Tidaklah, kamu ni Julia, sama saja”.“ Tak, lebih alim! Kan … kan … kan… Julia. Aida dan Suzi serentak menjawab.“ Oh, aku cuma mahu manfaatkan kehidupan aku selama ini. Mungkin sudah sampai ketikanya aku harus mendekatkan diri kepada Allah SWT”. Ujar Nadia.“ Kau dah pandai berkata – kata sekarang ni Nadia. Dah boleh jadii macam ustazah “.“ Bukan macam tu, tapi inilah hakikatnya. Okeylah aku pergi dulu ye, jumpa lagi”.
“ Marziah, aku rindu benar dengan nasihat – nasihat dan teguran – teguranmu seperti dulu. Insya Allah Marziah aku mahu lakukan yang terbaik buat diriku. Terima kasih di atas segalanya. Maafkan segala kesilapan yang pernah aku lakukan dulu”, rayu Nadia.Marziah tersenyum. “ Alhamdulillah… Biarlah ini untuk selamanya Nadia. Ikhlaskan niat dan jangan jadikan perubahan ini kerana sebab tertentu tetapi perubahan ini kerana Allah SWT. “ Marziah, perhubunganku dengan Nazrul juga telah kuputuskan. Aku mahu menumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran dan mendalami Islam dengan sebaik mungkin”.“ Alhamdulillah, eloklah tindakan yang Nadia buat tu. Maaf yea Nadia,, sekarang ni sudah pukul berapa? “ “ Sudah masuk waktu Zohor”. Tidak lama kemudian Mak cik Sopiah, ibu Marziah memangku Marziah ke bilik mandi. “ Solat, Nadia, Ma.. af ya. Saya mandi dulu”. Aku sayu memandang keadaan Marziah. Mukanya pucat, badannya kurus. Matanya cengkung. Namun, wajahnya masih tampak keserian dengan senyuman – senyuman yang tak lekang di bibirnya walaupun aku sedar Marziah sedang beperang dengan kesakitan penyakitnya. Aku tidak menyangka selama ini Marziah mengidap penyakit barah otak yang begitu serius. Namun, aku tidak pernah nampak wajah kerisauannya selama ini. Aku bersyukur kerana di saat ini aku masih mampu bersamanya. Nadia turut berwuduk dan berjemaah dengan Mak cik Sopiah . Selesai solat , Nadia baru teringat yang dia telah berjanji dengan mama dan papa untuk pergi ke rumah Mak cik Jamilah, adik mama di Perlis.Nadia masuk semula ke kamar Marziah. Terasa berat untuk Nadia meninggalkan Marziah ketika itu. Nadia juga tidak mahu mengganggu Marziah. Tapi entah kenapa hatinya ingin benar hendak menggengam erat tangan Marziah, orang yang pernah dibencinya dahulu sebelum pulang ke rumahnya. Digenggam erat jari – jemari Marziah yang semakin kurus. Aku tatapi wajah pucatnya dalam – dalam. Sedih aku memandangnya. Marziah terlalu letih. Aku lihat matanya dipejam rapat. Senyuman jelas di wajahnya walaupun dia sedang tidur.“ Cepat – cepat sembuh wahai sahabatku. Semoga Allah akan meringankan sakitmu, Marziah. Insya Allah lepas ini bolehlah kita sama – sama bergiat dalam aktiviti agama di sekolah. Aku sayang kamu, Marziah. Amin”, doa Nadia.Namun, genggaman Nadia terasa sesuatu yang aneh berlaku. Tidak ada tindak balas. Seperti … seperti… Marziah tidak bernafas lagi! Aku meletakkan jariku di hujung hidung Marziah. Ternyata tidak ada hembusan yang keluar. Tidak mungkin… “ Mak cik … Mak cik … cepat ke sini”, jerit Nadia. “ Marziah … Marziah…, kenapa ni, anakku. Mak cik Sopiah memangku Marziah. Dia memeriksa seluruh badan Marziah. Wajah lembut mak cik Sopiah nampak sedih. Mutiara jernih di kelopak matanya menitis membasahi selimut yang menutupi separuh badan Marziah. “ Innalillahi wa innailaihiraji’un… “,ucap Mak cik Sopiah.Nadia tergamam! Tidak mampu dia berkata apa – apa ! Dia seperti tidak percaya. Baru sebentar tadi Marziah sedang bercakap – cakap dengan aku. Kini dia sudah meninggalkan dunia ini buat selamanya. Ya Allah inilah segala ketentuanmu, ketetapanmu yang tidak mampu diubah walaupun sesaat. Benar kata Marziah, kita tidak tahu bila kita akan dijemput kembali ke sana. Hari itu, Suzana di jemput dalam keadaan yang menyedihkan. Kini, Marziah pula yang Allah ambil dengan cara yang baik. Mungkin ini balasan Allah kepada hambanya yang selalu taat dan patuh kepada segala perintahnya. Mutiara – mutiara dari kelopak mataku turun dengan laju. Mak cik Sopiah memeluk erat aku. Kami sama – sama tidak mampu menahan sebak di dada dan kesedihan di atas pemergian Marziah. Kini, aku kehilangan seorang sahabat yang banyak membantu aku dan menyedarkan aku tentang liku – liku hidup ini dan soal kematian. Rupa- rupanya Marziah sudah merasakan saat – saat dia akan meninggalkan aku. Kesyukuran aku panjatkan di kesempatan yang singkat ini kau menyedarkan aku betapa bernilainya erti sebuah persahabatan yang berlandaskan ketulusan hati kerana Allah. Biar badai melanda, biar ribut dan taufan menunjah bumi, erti persahabatan yang ikhlas kerana Allah tidak akan hilang sampai ke akhirat kelak. Aku teringat kembali kata – kata Marziah kepadaku.“ Nadia, ingat perubahan diri yang telah kau lakukan jangan atas sebab tertentu, tapi keikhlasan kerana Allah”. Wajah manis Marziah terlintas di fikiranku. Air mataku menitis lagi, menitis mengingati insan yang bergelar sahabat yang tak akan aku lupakan di dunia hingga ke akhirat.“ Ya Allah, kau tempatkanlah sahabatku ini bersama- sama orang yang beriman. Sejahterakanlah kehidupannya di sana. Semoga kebaikan yang telah dia lakukan kepada aku dibalas olehMu Ya Allah dengan ganjaran pahala yang besar. Semoga dia aman dan tenang di sana”. “ Ya Allah maafkanlah segala kesombonganku selama ini. Astaqfirullah! Terlalu takut untuk aku menghadapi hidup ini.Aku mesti berubah dengan seikhlas mungkin. Seperti mana kata – kata arwah Marziah. Marziah, kini masih ada kesempatan lagi buatku . Aku mahu menjadi muslimah yang terbaik. Seperti Saidatina Aisyah, seperti Saidatina Khadijah dan seperti serikandi – serikandi Islam yang lain. Tudung kepala yang sering kubuang dulu akan kupakai buat selamanya. Bukan tahun depan, bukannya dua puluh tahun akan datang, tetapi sekarang ini juga aku akan berubah. Aku semakin tidak yakin dengan kehidupanku kini. Bahkan aku tidak pasti sama ada masih ada lagi kesempatan buatku.Air mata Nadia semakin deras. Aku mahu berubah ! Sekarang ! Sudah terlalu banyak pengajaran yang dapat memberi tauladan buat aku meneruskan kehidupan ini. “ Ya Allah, ampunilah segala dosa – dosaku, ampunilah segala dosa kedua ibu bapaku. Aku bersyukur kepada- Mu kerana telah memberi kesempatan buatku untuk bertaubat dan kembali ke jalan yang benar. Ya Allah sesungguhnya kau tetapkanlah imanku di dunia dan di akhirat…”Kini, Nadia sudah bertekad untuk menjaga agama dan peribadinya dengan sempurna sebagai seorang muslimah dan sebagai pelajar di Sekolah Agama Nurul Iman!
ambillah pengajaran yang terdapat di sini supaya kita dapat berubah dari tidak baik kepada baik,dari baik kepada yang lebih baik...insya ALLAH....cuba kita buka minda kita untuk memikirkan tentang islam.apa yang perlu kita buat untuknya?bagaimana caranya kita nak lakukan yang terbaik demi islam?apa yang dah kita sumbangkan untuk islam?cuba fikirkan sejenak....Allah yang memberi kan kita kehidupan, kenapa kita tiada masa untuk memikirkanNya?mencintaiNya?mengagungkanNya?kenapa??????

Thursday, January 1, 2009

:.Pesanan buat sahabat-sahabat seperjuangan.:

Sahabat…
Ingat keluarga yang menaruh harapan padamu
Belajarlah bersungguh-sungguh dengan usaha yang gigih
Jangan kau leka dan lalai dengan dunia penipu

Sahabat…
Ingat dan berzikirlah kepada Allah setiap masa
Itulah insan yang dikasihi dan diberi perhatian oleh Allah
Tidak mahukah kau dikasihi dan disayangi?
Tidak sukakah kau yang dirimu sentiasa diberi perhatian?
Tidak gembirakah kau, dirimu dicintai dan dirindui?
Oh… alangkah indahnya semua itu
Untuk itu, jangan sekali-kali kau lupakan Dia
Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Sahabat…
Menangislah setiap kali kau melangkah keluar dari bilikmu
Sesungguhnya dirimu sememangnya telah banyak dosa
dan kini…
kau berhadapan lagi dengan pelbagai dosa yang bakal terpalit
yang akan menambahkan lagi kehitaman hatimu
yang telah sedia hitam kerana banyaknya dosa

Sahabat…
Walau apa jua kesukaran yang kau hadapi
Mintalah bantuan daripada Allah
Kerana Allah adalah sebaik-baik Sandaran dan sebaik-baik Penolong

Sahabat…
Islam Mengajar Umatnya Sentiasa Cemerlang
Oleh itu kau harus cemerlang dalam apa jua bidang
Yang pasti jangan sekali-kali kau malas untuk berusaha
Berusahalah sehabis daya
Jangan kau berundur selagi usahamu tidak berhasil
Usaha dan terus berusaha
Ingatlah Allah itu Maha Pengurnia
Oleh itu berdoalah kepadaNya setiap masa
Sesungguhnya Allah tidak akan mengecewakan hambaNya yang berusaha
InsyaAllah 4 pointer pasti dalam tangan.

:.Rintihan as-Syahid Syeikh Ahmad Yassin.:

Berikut adalah petikan sebahagian ucapan Syeikh Ahmad Yassin selepas cubaan membunuh beliau gagal pada 6/9/2003

Tidakkah kalian lihat wahai bangsa Arab, sudah sampai ke tahap mana keadaan ini ?

Sesungguhnya aku, seorang tua yang lemah , tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh) . Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku yang perlahan ini.

Aku tidak mampu utk kemana2 tempat untuk memenuhi hajatku kecuali jika mereka menggerakkan kerusi rodaku.

Aku yang sudah beruban putih dan berada di penghujung usia. Aku yang diserang pelbagai penyakit dan ditimpa bermacam2 penderitaan.

Adakah segala macam penyakit dan kecacatan yang tertimpa ke atasku turut menimpa bangsa Arab hingga menjadikan mereka begitu lemah. Adakah kalian semua begitu wahai Arab, kalian diam membisu dan lemah, ataukah kalian telah mati binasa.

Adakah hati kalian tidak bergelora melihat kekejaman yang berlaku terhadap kami sehingga tiada satu kaum pun bangkit menyatakan kemarahan kerana Allah. Tiada satu kaum pun yang bangkit menentang musuh2 Allah yang telah mengistiharkan perang antarabangsa ke atas kami dan menukarkan kami daripada golongan mulia yang di aniaya dan dizalimi kepada pembunuh dan penjenayah serta pengganas ?

Tidak malukah umat ini terhadap dirinya yang dihina sedangkan padanya ada kemuliaan. Tidak malukah negara2 umat ini membiarkan penjenayah Zionis dan sekutu antarabangsanya tanpa memandang kami dengan pandangan yang mampu mengesat air mata kami dan meringankan beban kami.

Adakah pertubuhan2 umat ini, pasukan tenteranya, parti2nya, badan2nya dan tokoh2nya tidak mahu marah kerana Allah dengan kemarahan sebenarnya lalu mereka keluar beramai2 sambil melaungkan ?Ya Allah, perkuatkan saudara2 kami yang sedang dipatah2kan, kasihanilah saudara2 kami yang lemah ditindas dan bantulah hamba2Mu yang beriman?

Adakah kalian tidak memiliki kekuatan berdoa utk kami ? Seketika nanti kalian akan mendengar mengenai peperangan besar ke atas kami dah ketika itu kami akan terus berdiri dengan tertulis di dahi kami bahawa kami akan mati berdiri dan berdepan dengan musuh, bukan mati membelakang (melarikan diri) dan akan mati bersama2 kami, anak2 kami, wanita2, orang tua dan pemuda2.

Kami jadikan di kalangan mereka sebagai kayu bakaran buat umat yang diam dalam kebodohan ! Janganlah kalian menanti hingga kami menyerah atau mengangkat bendera putih kerana kami telah belajar bahawa kami tetap akan mati walaupun kami menyerah. Biarkan kami mati dalam kemuliaan sebagai muhahid.

Jika kalian mahu, marilah bersama2 kami sedaya mungkin. Tugas membela kami terpikul dibahu kalian. Kalian juga sepatutnya menyaksikan kematian kami dan menghulurkan simpati. Sesungguhnya Allah akan menghukun sesiapa sahaja yang lalai daripada menunaikan kewajipan yang diamanahkan.

Dan kami berharap kepada kalian supaya jangan menjadi musuh yang menambah penderitaan kami. Demi Allah, jangan menjadi musuh kepada kami wahai pemimpin2 umat ini, wahai bangsa umat ini.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu?(3x) .. lemahnya kami dan kurangnya helah kami. Demikianlah kami di hadapan manusia. Engkaulah Tuhan kepada orang2 yang lemah. Dan engkaulah Tuhan kami. Kepada siapa engkau tinggalkan kami. Adakah kepada orang yang jauh yang akan menyerbu kami. Atau kepada musuh yang berkuasa ke atas kami ?

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu darah2 yang tertumpah, maruah yang ternoda, kehormatan yang diperkosa, kanak2 yang diyatimkan, wanita2 yang dijandakan, ibu2 yang kehilangan anak, rumah2 yang diruntuhkan, tanam-tanaman yang dirosakkan.

Ya Allah, kami mengadu kepadaMu berseleraknya kesatuan (umat) kami, berpecahnya perpaduan kami, berbagai2nya jalan kami, terkebelakangnya kami.

Kami mengadu kepadaMu betapa lemahnya kaum kami, betapa tidak bermayanya umat di sekeliling kami dan betapa berjayanya musuh2 kami...

p/s : Ayuhlah sahabat-sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama memohon kepada Allah agar diselamatkan saudara-saudara kita di Palestin. Sama-samalah kita melakukan solat hajat dan membaca qunut nazilah untuk saudara seakidah kita yang sedang berjuang mempertahankan bumi suci Al-Quds.

:.Ayuh muhasabah diri.:

Muhasabah diri merupakan satu proses timbal balik atau post mortem dalam menilai diri kita sendiri. Muhasabah diri amat digalakkan dalam Islam kerana ia membolehkan kita membetulkan dan meningkatkan amalan-amalan kita dan seterusnya mencapai mardhotillah (keredhaan Allah). Itulah sebenar-benar tujuan kita hidup di dunia ini. Apabila seseorang melakukan muhasabah diri di dunia, maka di akhirat kelak dia akan memperolehi keberuntungan yang besar. Ini sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud :
“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat)….” (Surah Al-Hasyr : 18)
Dalam ayat tersebut, jelas menunjukkan kepada kita isyarat dari Allah SWT agar kita selalu melakukan muhasabah terhadap amalan-amalan kita untuk menghadapi hari di mana kita akan ditanya segala apa yang telah kita perbuat di dunia.

Umar Al-Khattab pernah berkata : “Muhasabahlah dirimu sebelum kamu diperhitungkan, timbanglah amal perbuatanmu sebelum kamu ditimbang.”
Diceritakan bahawa Saidina Umar Al-Khattab memukul kedua tapak kakinya dengan cemeti pada setiap malam dan berkata kepada dirinya sendiri “Apa yang telah anda kerjakan pada hari ini?”
Orang sehebat Saidina Umar, yang telah dijamin masuk syurga, melakukan muhasabah terhadap dirinya setiap hari. Bagaimana pula kita sebagai manusia biasa, yang tiada jaminan lagi akan memasuki syurga Allah boleh begitu sombong dan mendabik dada tidak mahu menilai diri kita. Adakah kita rasa amalan kita telah cukup baik dan telah mengatasi segala amalan buruk kita? Adakah kita yakin segala amalan kita diterima oleh Allah SWT? Kalau jawapannya adalah TIDAK, mengapa kita sukar untuk melakukan muhasabah terhadap diri sendiri? Jawapannya ada pada diri kita sendiri.
Maimun bin Mahran pernah berkata: “Seseorang hamba itu tidak dapat dimasukkan ke dalam golongan orang yang bertaqwa, sehingga ia membuat muhasabah pada dirinya sendiri lebih teliti daripada kawannya yang juga membuat muhasabah pada dirinya.”
Di sini kita dapat fahami bahawa muhasabah diri tidak boleh dilakukan secara caca merba sahaja. Ia perlu dilakukan dengan menyerahkan sepenuhnya hati dalam menghisab diri sendiri dan dengan lapang dada dan penuh rasa rendah diri mengakui segala kesilapan dan kesalahan kita samaada di hadapan manusia apatah lagi di hadapan Pencipta kita, Allah SWT. Dengan itu, akan wujudlah rasa ketakwaan dalam jiwa kita hasil daripada rasa kesedaran yang tinggi bahawa kita hanyalah hamba yang lemah dan hina di sisi Allah Yang Maha Kuasa.
Bagaimana caranya untuk memuhasabah diri…? Dari mana kita hendak mula? Abu Abdullah bin Qayyim al-Jauziyyah rahimahullah menerangkan dalam melakukan muhasabah terhadap diri :
Pertama sekali, kita harus mulakan dengan memuhasabah segala kewajipan yang telah diamanahkan kepada kita. Jika ada yang kurang, segera lengkapkan baik dengan cara qadha atau menambahbaikkan amalan kita.
Yang keduanya ialah kita muhasabah terhadap perbuatan-perbuatan kita yang melanggar larangan Allah. Jika ada, hendaklah segera bertaubat, beristighfar dan membuat kebaikan untuk menghapuskan dosa.
Seterusnya, muhasabah terhadap kelalaian kita. Jika kita menyedari bahawa kita telah lalai dan alpa, segera berzikir dan pusatkan diri hanya pada Allah SWT.
Yang terakhir, muhasabah terhadap percakapan, pendengaran, penglihatan, perbuatan dan hati kita. Jika ada yang tidak kena, segera bertaubat dan memohon keampunan Allah. Semua ini akan ditanya oleh Allah di hari pembalasan kelak sesuai dengan firman-Nya dalam surah Al-Isra’ ayat 36 yang membawa maksud:
“Dan janganlah kamu mengikuti sesuatu yang tidak kamu ketahui. Kerana sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati nurani, semua itu akan diminta pertanggungjawabannya.”
Dalam surah lain Allah berfirman,
“Maka demi Tuhanmu, Kami pasti akan menanyai mereka semua, tentang apa yang telah mereka kerjakan dahulu.” (Surah Al-Hijr : 92-93)
Oleh itu, ayuhlah sahabat-sahabat sekalian, kita bersama-sama menghitung diri kita. Adakah kita di kalangan orang yang berjaya iaitu orang yang hari ini lebih baik dari semalam? Atau kita di kalangan orang yang terpedaya di mana hari ini sama dengan semalam? Atau mungkin juga kita orang yang celaka iaitu orang yang hari ini lebih buruk dari semalam? Na’udzubillahi min zaalik…pada golongan manakah kita berada? Hanya diri sendiri yang dapat menjawab soalan itu.
Sama-samalah kita menghisab diri kita sebelum Allah menghisab akan amalan kita. Semoga kita tergolong dalam golongan orang-orang yang benar-benar mendapat keredhaanNya. Jadilah seorang hamba yang mencela dan mengutuk dirinya kerana ia dapat menyelamatkan kita dari rasa ‘ujub dan riya’ dan ia juga membuka jalan untuk kita merasa tunduk dan lemah di hadapan Allah SWT.
Barangsiapa tidak mahu mencari aib dirinya, maka ia tidak dapat menghilangkannya. Muhasabahlah diri kita, insyaAllah kita akan dapat menanggalkan daki-daki keaiban pada diri kita. Allahu a’lam…