Thursday, February 5, 2009

:.Wanita.:

















Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat di bahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk


Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita mengharap pada yang binasa

Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan


Wanita.. jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpanya di sisi. Tanpa wanita, jiwa dan fikiran lelaki menjadi resah, tetap mencari-cari walaupun sudah ada segalanya. Apa yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap dambakan dan rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan wanita dari tulang rusuk seorang lelaki. Bukan dari kaki untuk dipijak-pijak, bukan juga dari kepala untuk disanjung-sanjung. Tetapi ia dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan seorang lelaki, dekat dengan bahu untuk dilindungi dan dekat pula dengan hati untuk disayangi. Wahai lelaki, luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah kerana kami telah dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah kami dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan kami dengan harta, nanti kami semakin liar. Jangan hiburkan kami dengan pujian, nanti kami semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan kami dengan zat Allah yang kekal, di situlah suisnya. Luruskan dulu dirimu sebelum kamu berkeinginan untuk meluruskan kami. Kalau dirimu sendiri tidak lurus, tak mungkin kamu mampu nak meluruskan kami. Tak logik bukan, sebatang kayu yang bengkok boleh menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Berhati-hatilah kamu dalam meluruskan tulang yang bengkok, jangan terlalu keras dan jangan pula terlalu lembut. Dengan kekerasan, ia boleh patah dan merosakkan yang lain. Terlalu lembut pula bisa membengkokkan lagi tulang yang telah sedia bengkok. Janganlah mengharap ketaatan dari seorang wanita tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kamu. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali r.a.

Wanita, akalnya setipis helaian rambut, maka ditebalkan dengan ilmu. Hatinya serapuh kaca, dikuatkan dengan iman di dada. Perasaannya pula selembut sutera, dihiasi dengan akhlak yang mulia. Didiklah wanita dengan keimanan, sedarkan dia dengan keadilan Tuhan, bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan, bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja samaada dia seoarang negarawan, karyawan, jutawan atau sesiapa saja, dia berasal dari rahim seorang wanita. Betapa istimewanya insan yang bernama wanita, menjadi hiasan dan penyeri kehidupan di dunia.


*Bersyukur dilahirkan sebagai seorang wanita. Banyak kelebihannya, syurga terletak di bawah telapak kaki seorang ibu yang sudah semestinya seorang wanita, wanita solehah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, wanita boleh mendapatkan syurga dengan mudah jika Allah redha dengannya dan suaminya juga redha dengannya dan banyak lagi kelebihan lain. Sedarlah wahai wanita, kamu insan istimewa…

No comments: