Sunday, February 8, 2009

:. Apa khabar imanku? .:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya,bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal!”

Apabila membaca maksud ayat dari surah Al-Anfal ayat ke-2 ini, hati ku tiba-tiba tersentak. Terasa aku bukan dari kalangan orang-orang yang disebut Allah Ta’ala dalam ayat ini. Jiwaku terasa kosong, hatiku akhir-akhir ini tidak tersentuh bila membaca atau dibacakan Kalamullah, kolam air mata pula seakan kering untuk mengiringiku dalam taubat syahdu di malam hari. Mengapa? Hatiku tertanya-tanya.

Pada suatu pagi yang dingin, aku termenung sendirian..bukan menung kosong tapi merenung balik diriku atau dengan kata lainnya memuhasabah diri. Maghrib tadi, di permulaan kuliah tafsir Ar-Rahman, Ustaz Solehudin mengajak hadirin yang hadir untuk memuhasabah diri. Aku cukup suka ceramah-ceramah, kuliah atau tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Soleh..memang mantap. Dengan cara penyampaian yang santai, diselangi dengan lawak jenaka tetapi ia tetap berkesan di hati pendengar-pendengarnya. Dalam kuliahnya mlm tadi, Ustaz Soleh mengajak kita memuhasabah balik diri kita, bertaubat dari segala dosa-dosa yang kita lakukan samaada yang kita sedari atau tidak kita sedari. Kita sebagai manusia, memang tidak lari dari sifat lalai dan lupa..perkataan manusia itu sendiri membawa maksud lupa (betul ke?). Oleh itu, kita mesti sentiasa memuhasabah diri kita supaya jiwa kita sentiasa hidup. Ingat balik kata-kata dari Saidina Umar r.a. “Muhasabahlah dirimu sebelum kamu diperhitungkan, timbanglah amal perbuatanmu sebelum kamu ditimbang.” Ustaz Soleh juga ada menyebut supaya kita bergaul dengan manusia dengan akhlak yang mulia. Sesungguhnya orang yang menunjukkan akhlak yang mulia, pahalanya seperti orang yang bangun di tengah malam (qiamullail). Begitulah besarnya pahala orang yang baik dalam pergaulannya. Jika kita jenis tidak mampu bangun setiap hari di tengah malam untuk beribadat kepada Allah, amalkanlah akhlak yang baik dalam kehidupan kita seharian..insyaAllah pahalanya sama. Itulah sedikit perkongsian daripada kuliah Ustaz Soleh malam tadi.

Berbalik kepada kisah aku tadi (yang tengah memuhasabah diri)..aku mula mengembara kembali ke masa silamku. Seperti yang diketahui, untuk memuhasabah diri, kita mestilah ingat balik apa yang kita lakukan selama ni, amalan-amalan kita sebelum ni, salah silap kita sebelum ni, sebab itulah kita mesti teroka balik masa silam kita. Jadi, bermulalah pengembaraanku menuju ke dunia silam (hari-hari semalam). Dalam pengembaraan ke dunia silam, aku nampak balik diriku yang tengah bagi tazkirah kat sahabat-sahabat, bukan main lagi bagi peringatan kat sahabat-sahabat, ajak sahabat-sahabat mengingati Allah, menambahkan amal ibadat, jangan melengah-lengahkan solat dan menyeru sahabat-sahabat meninggalkan karat-karat jahiliyyah. Huh…hebat sungguh waktu tu..tetapi dalam pengembaraanku itu, aku ternampak diriku sendiri yang makin jauh dari Allah, lemah dalam menghambakan diri kepada Penciptanya, masih membuang waktu dengan kerja yang sia-sia, lalai dalam ibadat, daki-daki jahiliyyah masih bertempek kat badan sendiri…”ada hati nak bagi nasihat kat orang, diri sendiri tak ternasihat…malulah sikit” ujarku kepada diriku sendiri. Teringat surah Al-Baqarah ayat 44 yang membawa maksud

“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedangkan kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al-Kitab ?Maka tidakkah kamu berfikir?”

Ayat ni memang kenalah dengan diri aku ni, yang melupakan diri sendiri atau dengan kata lainnya tak sedar diri. Ajak orang buat baik tapi diri sendiri “dok rok cetong”. “Dok fikir orang lain, diri sendiri tak terfikir..memang muke dok malu mung ni”..ujarku lagi kepada diri sendiri(dengan manusia memanglah malu, yang dimaksudkan di sini tak malu dengan Allah).

Aku teringat pula surah As-saff ayat dua hingga tiga. Adoi, sebijik lagi kena kat atas muka aku. Kalau tak timbul keinsafan lagi atau tak terasa malu lagi dengan Allah, tak taula mung ni jenis spesis menda. (kata-kataku kepada diriku sendiri). Lebih kurang beginilah maksud ayat dari surah as-saff tu ;

“Wahai orang-orang yang beriman, mengapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan? Itu sangatlah dibenci di sisi Allah sekiranya kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan.” (As-Saff : 2-3)

Ya Allah, aku tidak ingin termasuk dalam golongan yang dibenci-Mu. Ampunilah segala dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Itu baru satu bab yang aku sempat teroka pada pagi ni...tak sanggup lagi rasanya aku nak terokai masa silam aku..ermm…patutlah jiwa aku kosong, hati aku resah gelisah, apa yang aku buat serba tak kena selama ni, rupanya tu semua tanda aku makin jauh dari Yang Esa. Ya, memang benar, jiwa aku sakit dan hampir-hampir meninggal kerana aku melupakan Tuhanku, melupakan nikmat-nikmat yang Dia kurniakan, lupa untuk mensyukuri segala kurniaan-Nya..aku mengharapkan rahmatNya tetapi amalanku tidak mengarah aku kepada rahmatNya. Diri terasa cukup dengan segala amalan yang dibuat selama ini, sedangkan aku masih tak tahu amalanku itu diterima atau tidak oleh Allah.

Teringat pula tazkirah dari seorang ustaz, “sesiapa yang merasakan cukup dengan amalan yang dilakukan selama ini, bererti amalannya tidak diterima oleh Allah”. Lebih kurang begitulah ustaz tu kata..orang yang beriman dengan sebenar-benar iman dan bertakwa kepada Allah tidak akan pernah merasakan amalan yang dia lakukan selama ini mencukupi untuk mendapat redha dan rahmat Allah. Dia sentiasa merasa tamak dalam ibadat, iaitu ingin mengerjakan ibadat dengan sebanyak-banyaknya..merebut segala peluang yang diberikan Allah untuk menambahkan pahala. Terasa betapa jahatnya diriku..jarang benar aku bertanya khabar kepada imanku, sihatatau tidak..betapa aku membiarkan imanku menderita sakit selama ini...isk..isk..isk…maafkan aku ya, iman..aku sentiasa menagabaikanmu.

Rasanya pengembaraan aku berhenti setakat ini dulu..insyaAllah, aku akan cuba meluangkan masa untuk menyambung lagi pengembaraanku ini (dengan kata lain, muhasabah dirilah..sepatutnya kita muhasabah diri kita tiap-tiap hari). Akhir kalam, ayuh sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian, kita sama-sama duduk sebentar, tanya pada diri..apa khabar imanku…??

No comments: