Thursday, March 5, 2009

:.Aku Turut Bersalah.:

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..
“Maha Suci Allah Yang di tangan-Nyalah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu”

Benarlah firman Allah dalam surah Al-Mulk ayat 1 bahawa segala kerajaan yang ada sama ada di langit dan di bumi adalah di bawah kekuasaanNya. Dia berhak memberi kita kuasa untuk memerintah sesebuah kerajaan dan berhak juga bagiNya untuk mengambil kembali kerajaan yang kita kuasai.

…..Pada hari itu, kami mulakan halaqoh cinta dengan tadarrus surah Al-Mulk. Ketika itu, kerajaan Perak yang sah baru beberapa hari dirampas dengan cara yang tidak bermaruah. Naqibah telah membuatkan aku memandang dan berfikir dari sudut yang berbeza tentang apa yang berlaku kepada kerajaan Perak. Ya…mengapa kita nak menyalahkan orang lain tentang apa yang berlaku di Perak…? Mengapa kita tidak salahkan diri kita sendiri…? Mungkinkah Allah menarik kembali kerajaan yang Dia anugerahkan kepada kita kerana terdapat orang seperti kita dalam jemaah Islam? Kita yang selalu melalaikan perintahNya, kita yang berlebih kurang dalam ibadat kepadaNya, kita yang jarang sujud kepadaNya dan kita yang berat memanjatkan kesyukuran kepadaNya...

Terkedu sekejap dibuatnya…otakku bagaikan terkena kejutan letrik...terimbas kembali bagaimana hubungan aku dengan Allah sebelum ini yang tidak terjaga..mungkinkah aku turut menyumbang kepada keruntuhan kerajaan Perak. Selama ini, asyik dok sumpah seranah orang, tak sedar salah sendiri. Ya Allah, ampuni dosa-dosaku...

...erm..dah lama tak update blog..kebetulan malam ni ada sedikit masa jadi bolehlah luangkan untuk blog ni. Tadi, baru lepas baca isu-isu panas yang berlaku di Perak sekarang..tiba-tiba teringat tentang pengisian ringkas oleh naqibah tentang isu ni suatu waktu dulu..inginku berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian sebagai peringatan kita bersama..marilah kita bersama-sama memperbaiki hubungan kita dengan Allah..semoga kita tidak termasuk di antara asbab Allah menarik kembali kerajaan yang telah Dia kurniakan kepada kita..Wallahua’lam…

1 comment:

Anonymous said...

tiada siapa tanpa dosa didunia yang fana,selagi insan bernama insan,selagi ghairullah bersarang dijiwa,selagi cinta allah n rasul lebih dr segala2nya hatta nyawa..