Friday, August 7, 2009

Tazkirah : Tidur



Nabi Muhammad S.A.W bersabda : Tidur yang sedikit pada waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji, Rasullulah ada melakukannya.

Berdasarkan pada dalil di atas, tidur pada waktu tengahari bukanlah merupakan satu kesalahan atau satu tanda kemalasan, malahan terdapat manfaatnya. Malah saintis Barat sendiri sudah mengakui kelebihan tidur pada waktu tengahari. Tetapi janganlah kita berlebih-lebihan. Maksudnya biarlah kita tidur berpada-pada dan apabila sampai waktu solat Zuhur, kita tunaikan. Seelok-eloknya tidurlah sebelum solat Zuhur daripada selepas solat Zuhur. Ini kerana tidur selepas solat Zuhur akan membawa kepada tidur yang lama. (pastikan jam/handphone anda dikunci terlebih dahulu)

Tidur pada waktu tengahari pun ada caranya. Di sini masa adalah segala-galanya. Tidur yang optimum hanyalah 15 hingga 30 minit sahaja. Jika tidur lebih daripada itu, maknanya itu sudah masuk kepada tidur yang lama dimana badan kita akan susah bangun dan apabila bangun otak kita akan rasa 'blur'.

Tidur selama 15 minit itu sudah cukup untuk 'shut down' sistem saraf kita dan mengecaj semula seluruh tubuh badan kita. Biarlah kita amalkan qailulah secara istiqamah supaya tidak menjejaskan tubuh badan kita dan jadikanlah ia suatu 'habit'.

Tidur pada waktu tengahari membantu kita bangun beribadah dengan senang, cergas dan segar di malam hari. Ia sebenarnya berkaitan dengan kualiti amal ibadah kita dimana kita dapat lebih menumpukan perhatian dalam ibadah kita.

Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya' Ulumuddin telah berkata ;

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari, kerana ianya membantu ibadah di malam hari, sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya bangun sebelum gelincir matahari untuk solat Zuhur.

Mengikut kajian barat, masa optimum bagi seorang dewasa tidur ialah 8 jam. (lamanya). Tetapi apabila dibincangkan semula bersama-sama sahabat-sahabat seusrah, kami berpendapat ia merupakan satu jangka masa yang tidak sepatutnya diamalkan.

Bayangkan dalam masa 8 jam kita sedang enak diulit mimpi (sebab ikut kata orang Barat), pada masa yang sama orang-orang Barat/Yahudi sedang sibuk memikirkan strategi memusnahkan orang Islam. Kita bukanlah berprejudis terhadap mereka, tetapi berwaspadalah dengan setiap rencana yang dikeluarkan pihak saintis Barat. Sebenarnya jangka masa tidur kita itu sendiri bergantung kepada tahap kemampuan badan kita. Ada orang yang hanya tidur 5 hingga 6 jam, esok paginya dah segar malah ada orang yang hanya tidur 3 jam, paginya seperti biasa sahaja. Ikutlah..

Berikut merupakan adab sebelum tidur ;
  • baca doa tidur, al fatihah, ayat Kursi dan tiga kul
  • ambil wuduk terlebih dahulu
  • zikir subhanallah, alhamdullilah, allahuakbar (33 kali)
  • tidur di atas rusuk kanan
  • menghadap kiblat
  • elakkan tidur sambil meniarap
  • tutuplah aurat
Justeru di sini saya menyeru sahabat-sahabat dan diri saya sendiri supaya mengamalkan sunnah Rasullulah. Islam is the best way of life. Wassalam

2 comments:

Anonymous said...

askum..
mcmn nk bezakn tido biase dngn kulailah..?

Anonymous said...

Wa'alaikumsalam w.b.t...
Kalau nak bezakan tido biasa dan qailulah, seperti yang dimaklumkan dalam artikel, ia hnya 15 ke 30 minit sahaja...dan sblm waktu solat zuhur (yang afdal. Kalau ikut pengalaman, selepas kita tido skjp selepas tengahari tu (qailulah), kita akan rasa fresh jer,cm dah tido lama sangat sedangkan tido baru 15 minit. Yang penting kita niatla. Harap dapat menjawab soalan.Wassalam